Tuesday, July 3, 2012

Where's my feet has bring me

Bandung - 31 March - 03 April 2012

The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim, Kedah - 01.01.2011

Imam Bukhari Memorial Complex, Samarkand, Uzbekistan 25 April - 02 May 2012

Train Derailment at Padang Rengas, Perak - 2011

Gunung Jerai - December 2011

Samarkand, Uzbekistan 25 April - 02 May 2012

Toshkent Tower, Taskhkent, Uzbekistan 25 April - 02 May 2012

Uzbekistan Subway, Tashkent, Uzbekistan 25 April - 02 May 2012

Tashkent International Airport, Uzbekistan 25 April - 02 May 2012

Lata Hammer, Bentong, Pahang - 2011

Breakthrough Mini Pipe Arch Plus Highway, Berapit Tunnel - 09 July 2011

March 2012

Bukit Merah - March 2012



Kamunting Station - March 2012

Larut Tunnel - April 2012

Opus WOW Day, Janda Baik Pahang - 2008

Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang - March 2005

Tinggalan Sejarah Uzbekistan

Tiang kayu madrasah/masjid ini di perbuat dari sebatang pokok kurma dan di ukir, di anggarkan berusia lebih ratusan tahun

Bukhara/Buxoro adalah tempat lahir Imam Bukhari yang tersohor dan amat penting dalam Islam dan kini didiami lebih kurang 300,000 orang. Sebuah bandar yang tenang, damai dan lansung tidak ada kesibukan di jalan raya. Jalan raya lengang dan hampir kosong kadangkala.


Maqam Ismoil Samoniy dan anak nya.





Replika Caravan Serai - tempat penyimpanan air di kawasan padang pasir. Suhu di dalam takungan boleh mencecah di bawah 20 darjah selsius walaupun keadaan di luar panas terik. Ianya di bina bagi mengelakan penyelewapan air oleh matahari.







Suzani - Hasil seni kerja tangan masyarakat Uzbek. Lagi lama suzani di simpan semakin tinggi harga nya. Harga Suzani boleh mencecah ribuan ringgit dan suzani yang berkualiti ini hanya terdapat satu bagi setiap design. Masyarakat Uzbek sangat berbangga dengan suzani yang kadangkala di sebut suzana.


Di Uzbek lansung tidak ada motosikal menjadikan basikal satu-satu nya kenderaan mampu milik oleh golongan miskin, selebihnya berjalan kaki.




Tembok kota yang lengkap kemudahan seperti university, sekolah, kedai dan pelbagai menjadi lambang kejayaan dan kemegahan dinasti dan kini hanyalah sebahagian tinggalan sejarah penting

Di bahagian atas loteng ada tempat raja di zaman tersebut melihat masyarakat dan mendengar muzik yang dimainkan di dataran

Pelbagai bentuk rupa cop penghias roti


Bazar yang berusia ratusan tahun. Penjual nya merapati anda, berbual-bual dan menjemput anda ke kedainya. Jawapan anda semestinya 'Insyallah atau 'ya nanti'. Dan mereka menunggu anda selesai melawat kawasan sekitar dan menarik anda ke kedai atau tempat mereka menjual dan ada harus beli sesuatu kerana kata mereka anda sudah berjanji untuk membeli??? padahal tidak. Ini taktik atau cara mereka berniaga, jika anda tidak membeli dari mereka anda akan di cop sebagai penipu atau tidak berpegang pada janji. Teruk sungguh cara berniaga begini.


Pada dasarnya bangunan bersejarah di Uzbekistan kelihatan sama kerana seni bina, mural dan marmar serta bumbung dan warna adalah sama. Jadi keseluruhan lawatan anda akan terasa melihat bangunan yang sama walaupun berbeza tempat dan negeri. Tetapi walaupun sama bangunan ini sangat menakjubkan, cantik dan berseni serta kukuh dan utuh walaupun sesetengahnya berusia ratusan atau ribuan tahun...ini la keagungan dinasti Islam.









Tembikar yang sangat cantik, jangan terkejut bila mengetahui harga nya walaupun dijual di kaki lima.

Permaidani buatan tangan yang mengambil masa sekitar 4-5 bulan untuk disiapkan berharga USD$300 - USD$500. Untuk benang yang di perbuat daripada unta adalah lebih mahal berbanding yang lain.


Terlalu berseni dan cantik...kalau aku ada duit memang sudah ku beli yang ini.










Bekas minuman yang diperbuat daripada tanduk binatang dan ia banyak di gunakan untuk minum minuman keras.


Setiap plat kereta di Uzbek harus mempunyai bendera dan tulisan UZ di sebelah kanan. Hampir separuh daripada kenderaan adalah model lama dan model-model yang baru kebanyakan nya di ibu kota Tashkent. Model paling popular ialah jenis kenderaan Korea Selatan kerana beberapa peratus penduduk Uzbekistan adalah berbangsa Korea.













Rumah penduduk di Uzbek sangat menarik dimana halaman luar rumah mesti diperuntukan sedikit untuk tanaman dan pokok dan tanaman paling wajib ada disetiap rumah ialah Anggur dan mullberry. Pintu masuk hanya satu sahaja dan situ juga tempat parkir kereta. Di bahagian dalam kawasan rumah terdapat juga kawasan kecil untuk tanaman dan kandang binatang peliharaan seperti ayam dan kambing. Kemudian di sudut sebelah kanan barulah di bina bilik-bilik dan dapur adalah paling di hadapan.














Kubur masyarakat dahulu, orang nya semestinya sangat besar dan tinggi sebab kuburan mereka sangat panjang





Bahagian bawah salah satu daripada binaan kubur yang tinggi

Penjaga pintu mengutip duit caj untuk pengunaan kamera. Selalunya caj yang dikenakan sekitar 1500 som atau bersamaan dengan RM 1.50





Kerusi raja terakhir Uzbek sebelum penaklukan oleh Rusia

Barang-barang peribadi Raja Uzbek

Suzani istana



Katil Raja






















Sebanyak ini duit Som yang harus aku keluarkan untuk membeli 8 keping sarung kusyen handmade = 80,000 som / RM60+-













Warna Hijau akan berkedip-kedip dan terus warna merah untuk berhenti dan bagi berjalan pula setelah warna merah menyala, di ikuti warna oren dan seterusnya warna hijau. Berlainan sekali di negara kita.













Benang untuk membuat suzani diproses sendiri, di warnakan kemudian dikeringkan kemudian baru digunakan. Warna-warna tersebut kekal selamanya.

Tembikar adalah salah satu kerja tangan tersohor di Uzbek. Mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa dan salah satu tinggalan sejarah penting negara.


Berusia lebih ratusan tahun




Caravan Serai

Selamat datang ke Wilayah Samarkand

Registan Square dibina di zaman Dinasti Timurid seawaln kurun ke 14 kini menempat kan madrasah dan kedai jualan. Merupakan  dataran yang sangat penting bagi sejarah Uzbek. Registan bermaksud istana pasir mempunyai 3 bangunan berasingan iaitu Madarasah Ulugh Beg (1417–1420), Madrasah Tilya-Kori (1646–1660) dan Madrasah Sher-Dor Madrasah (1619–1636).








Setelah dijajah lebih dari 80 tahun oleh Russia, masyarakat Uzbek kini dalam proses mengembalikan kegemilangan Islam dan mempraktikan secara perlahan-lahan. Masyarakat nya di nafikan agama oleh pemerintah rusia dan rata-rata mereka hidup sebagai tidak beragama dan mempercayai adat-adat yang karut. Ini adalah kompleks makam Imam Bukhari dan mereka yang datang melawat dengan pelbagai fesyen tanpa menutup aurat atau pakaian yang sesuai. 


Mirzo Ulugbek


Muzium pameran barang-barang yang digunakan oleh Mirzo Ulugbek dalam pencerapan angkasa lepas.









Balai cerap ciptaan Mirzo Ulughbek adalah yang pertama di dunia dan masih boleh digunakan sehingga sekarang. Dinding di bahagian dalam di perbuat daripada marmar yang di gilap.
















Di belakang dinding ini adalah maqam sepupu Nabi Muhammad yang bernama Kassim




Pertunjukan majlis perkahwinan masyarakat Uzbek, penuh adat, warna warni, makanan dan nyanyian. 




Masjid ini dan dataran nya boleh menempatkan sekitar 10 ribu orang jemaah. Di sini juga terletaknya Al-Quran pertama di dunia yang dibawa dari arab ke sini. Di dalam kawasan penyimpanan Al-Quran tersebut tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar dan saiz Al-Quran adalah sebesar meja komputer untuk sebelah bahagian. Tulisan nya juga agak besar tanpa berbaris dan tidak bersambung. Kata mereka mengambil gambar melalui mata dan hati bukan kamera.








Menyabung burung/ayam secara terbuka di kawasan orang ramai. Ianya hanya di sertai oleh golongan dewasa.





'Subway' yang di bina di zaman pemerintahan rusia. Stesen Mustakillik Maydoni adalah salah satu dari stesen subway paling cantik di dunia. Tambang kemana-mana destinasi hanya lah 700 som [US$ 0.35) dan sekuriti sangat ketat di sini. Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam tren mahupun di kawasan stesen. Aku naik dari stesen Bunyodkor - Pakhtakor dan turun di Mustaklillik Maydoni yang mengambil masa sekitar 10 minit. Tren-tren yang digunakan sangat lama dan buruk serta bunyi tren sangat bising dan laju. Uzbekistan juga mempunyai keretapi laju.