Tuesday, October 4, 2011

Cambodia - Hari Pertama [Malaysia - Cambodia]

Tiket ke Cambodia Kami telah beli 8 bulan sebelum. Masa beli cuma Aku dengan Mini sahaja dan dalam menunggu kami cuba ajak kawan-kawan lain yang berminat. Tapi tiada yang berminat kerana harga tiket mahal daripada harga Kami dan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dahulu. Dan bila masanya sudah tiba memang cuma Kami berdua sahaja yang pergi. Pergi berdua tidak menjadi masalah langsung kepada Kami, malah lagi senang kerana tidak banyak karenah nanti, cumanya asyik tengok muka satu sama lain sahaja la nanti.


21 September, Aku keluar dari pejabat jam 3.30 petang untuk menaiki bus ke KL pada jam 4 petang. Tiba di Puduraya jam 8.30 malam, aku terus ke 4-7-3 [rumah Mini] dulu untuk tumpang berehat, mandi dan berbuka puasa. Kami keluar jam 11.30 malam untuk train LRT yang terakhir dan duduk melepak di McDonald KL Sentral sehingga jam 3.30 pagi. Masa menunggu Kami menjadi lebih pendek apabila seorang teman datang menemani Kami dan membunuh masa menunggu Kami dengan bersembang. Jam 3.20 Kami bergerak ke luar kawasan ERL sebelah MAS untuk mengambil bus ke LCCT. Biasanya bus hanya ada di kawasan dibawah arah Monorail, tetapi pada waktu malam dan subuh dipindah kan kebahagian atas bagi menjaga keselamatan penumpang disebabkan keadaan yang gelap dan berdebu akibat pembinaan yang sedang dilakukan di sebelah kawasan tersebut. Kami sambung melepak lagi di LCCT, makan sambil menunggu waktu untuk berlepas. Penerbangan jam 7.05 pagi di percepatkan ke 6.45 pagi. 


Sarapan pagi jam 5 - Nasi Lemak

Terjumpa pula senior masa sekolah dulu

Tiada bangku jadi merapik la di atas lantai, macam tak biasa kate

Jam berapa lah agaknya penerbangan mamat ni...lama betul dia tidur

Pintu T7 meninggalkan banyak kenangan

Pintu T10

Destinasi ditujui

Borang masuk

Permandangan dari udara

Akibat masalah yang tidak dapat dielakan penerbangan Kami ditunda ke petang pula. Kami terpaksa menunggu sehingga petang untuk penerbangan pada jam 3 petang. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh 2 jam kemudian. Proses di kaunter masuk sangat mudah dan cepat. Kami juga tidak mengambil masa yang lama kerana Kami cuma membawa beg galas sahaja. Kami terus ke bahagian luar dan disapa oleh lelaki pemandu tut-tut. Kami angkat tangan tanda tidak mahu dan terus keluar. Lelaki itu tidak putus asa dan terus bercakap dalam bahasa melayu. Kami terkejut sekejap, dan terus la Kami bersetuju untuk naik tut-tut beliau. Kami ambil beberapa keping gambar sebelum naik tut-tut untuk ke Bandar. Rupanya lelaki tadi bukan la pemandu tut-tut tersebut, cuma mungkin dia tuan punya atau tukang cari pelanggan.



Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh

Tut-tut dengan lancar membawa Kami ke Bandar. Keadaan jalan raya agak kelam kabut dan kucar kacir, mungkin orang-orang disana baru keluar dari pejabat. Debu dan habuk berterbangan dan sekali sekala bau busuk menusuk hidung. Kenderaan dan manusia datang dari semua arah menentang arus, membujur lalu dan melintang patah. Lucu betul keadaan trafik di Cambodia, menarik untuk di lihat. Kalau di Malaysia sudah lama eksiden besar-besaran.

Kelam Kabut dan berdebu.......tetapi menarik betul

Di Malaysia hanya dijumpai di Kampung-kampung sahaja, naik begini di Kuala Lumpur alamatnya nanti cium jalanraya lah anda

Tut-tut berhenti betul-betul depan pintu Hotel. Kami turun dan bayar tambang tapi pemandu minta diberikan tips pada dia. Katanya tambang tadi untuk syarikat. Mula-mula malas nak dengar, Mini hulur 1 dollar pada dia. Senyum terukir sambil mengucap kan terima kasih. Ala...RM3 aje kan...tapi perbuatan memberi tips bukan lah menjadi amalan di kalangan "travel junkie" seperti Kami. Semua harus di bajet dan belanja berpada-pada. Tapi akhirnya perempuan tetap perempuan, waktu soping confirm tak ingat dunia...tengoklah nanti...


Asia Hotel + KFC

Kami booking Asia hotel melalui Agoda.com untuk tarikh 24 dan 25 September sahaja. Oleh kerana jadual sudah bertukar Kami terpaksa mengubah terus kesemuanya. Kami sudah bajet dari awal lagi untuk membayar harga bilik hotel tambahan lagi 2 hari. Kami berbincang dahulu dengan kaunter tentang masalah Kami dan ternyata ia tidak mendatang kan sebarang masalah kepada mereka untuk Kami "check-in" awal dari tarikh kerana Kami sudah bayar harga hotel. Proses "Check-in" juga semudah 1, 2, 3 dan selesai. Kami tunjuk baucer Agoda dan setelah mengambil copy pasport Kami terus diberi kunci. 


Bilik yang diberi berada di tingkat 5 dan berdepan dengan rumah penduduk yang sangat unik. Ia merupakan rumah kedai dan kalau dilihat secara kasar ianya seolah-olah rumah flat. Pelbagai ragam penghuni nya Kami lihat dari jauh. Oleh kerana kepenatan setelah tidak tidur sehari Kami melepak sahaja dibilik. Kemudian muncul idea untuk mengurut badan yang penat. Urutan ala Khmer seluruh badan berharga 6 dollar untuk 1 jam. Berbaloi-baloi....


Pemandangan rumah penduduk tempatan dari bilik hotel

Kami diminta tunggu 15 minit sebelum dua perempuan separuh abad datang mengetuk pintu bilik. Kami tersenyum lebar dan tanpa berlengah mereka memulakan kerja mereka. Paling bagus mereka lansung tidak mengunakan sebarang losyen atau minyak untuk mengurut. Sejam berlalu Kami berasa puas hati, sakit-sakit badan pun berkurangan. Kami bayar harga berserta tips 1 dollar setiap seorang, tersenyum lebar mereka berdua. Kami terus-terusan berehat dibilik sambil makan dan menonton televisyen.


Cerita remaja Malaysia yang berumur 13 tahun mempunyai seorang anak luar nikah berusia beberapa bulan dan kekasih berusia 19 tahun yang baru bekerja bakal berkahwin demi kelansungan hidup anak kecil yang tidak berdosa. Kenapa cerita ini tidak dapat ditonton di Malaysia. Kenapa perlu keluar negara dan menonton cerita yang tidak menarik sebegini.... Malaysia Boleh!!

Perjalanan hari pertama dengan pelbagai karenah yang Kami lalui hari ini betul-betul menguji kesabaran kami. Kami akur dengan ketetapan Ilahi, tetapi yang baik daripada ALLAH jua dan yang buruk itu dari diri Kami sendiri. Semua yang Kami lalui akan Kami jadikan pengajaran yang berguna dalam hidup Kami sebagai "Travel Junkie" di bumi ALLAH yang maha luas ini.