Friday, August 12, 2011

Bandaraya HCM - Hari Terakhir

Malam tadi kami berkemas semua barang-barang. Masa datang aku 1 beg 35lt aje. Tapi bila balik beg sudah jadi 3. Aku pun satu hal jugak, aku bawak sling beg 2, beg sandang 2, beg kamera 1. Dah jadi berapa beg dah tuh. Nasib baik yang lain-lain tu memang boleh dilipat-lipat. Nak bergaya la katakan. Mar macam biasa, beg tarik dia memang dah cukup besar untuk barang-barang dia. Barang yang aku beli nie semua bukan untuk aku pun, untuk adik beradik yang dok menjadi pesanan penaja tiap kali aku berjalan. Untuk aku?? T'shirt Hard Rock sehelai, kemeja 2 helai, fridge magnet 1 dan beg Crumpler ciplak tuh.

Crumpler made in Vietnam - tipu punyer...

Aku beli kain 12 pasang, 5 helai telekung pesan dari kawan, tshirt untuk anak sedara 10 helai, tshirt untuk yang lelaki 6 helai, baju untuk bapakku, makanan untuk umie aku, fridge magnet berlambak-lambak dan pelbagai lagi barang-barang. 15kg ngam-ngam ho je untuk beg aku. 

Pagi lepas sarapan kami bungkus semua bekalan makanan yang masih tak habis. Coklat, bun, minuman 2in1, serunding, ikan bilis, roti, meggi. Kami bungkus dalam 2 bekas. Kami ke Pasar Benh Tanh untuk 'Last Minute Shoping'. Kami bagi lebihan makanan kepada kakak yang mintak sedekah. Kami pegi ke kedai menjual pelbagai baju siap. Ada baju kurung, tudung, telekong, jubah berkelipan dan banyak lagi. Semua cantik-cantik cuma duit kami sahaja yang tak cantik. Manik-manik jahitan tangan menambahkan lagi cantiknya baju-baju.   Kami ingat ianya kedai orang Muslim, rupanya bukan. Pekerja disitu pakai seluar pendek sahaja pun. Kami keluar dan membeli di Pasar Benh Tanh.

Jam 2 petang kami naik teksi untuk ke Airport, perjalanan ambil masa 30 minit lebih kurang. Penerbangan kami jam 4.10 petang nanti. Airport sangat lengang dan kosong, tak ramai orang pun. Kami masuk dan pusing dari hujung ke hujung. Tiba satu sudut kami nampak orang buat drama. Kami berhenti tengok dari jauh sahaja. Kemudian lalu 3 orang keluarga orang putih suami, isteri dan anak. Si suami mungkin tak puas hati tengok dari jauh bergerak betul-betul dihadapan dinding kaca. Tanpa dia sedar di tersepak wayar supply power untuk kamera dan pelbagai alat-alat yang sedang digunakan. Hmm...semua mata memandang tepat pada dia, dia baru perasan nak memohon maaf sambil muka cuak dan tidak lama kemudian bergerak dari situ. Mana tidak semua orang marah, orang tengah feeling baik punya, berpeluk-peluk dan adegan dah nak siap tiba-tiba berhenti. Huhuhu, kesian sungguh.


Semua orang terdiam dan pandang mat saleh tuh

Power supply plug rosak dan tercabut dari tempatnya

Kena mula berlakon dari awal balik.....huhuhu

Tan Son Nhat Airport

Beg aku yang warna kuning, pastu beg sandang adidas dan beg camera crumpler.


Kami pergi Sabtu 27 Feb 2010 dan kami balik Khamis 04 Mar 2010. Sangat seronok.


Perbelanjaan aku


Tiket
RM 150.00
termasuk Luggage 15kg, Hot Dog x2
Hotel
RM 150.00
USD$10 x 5 malam
Pakej
RM 100.00
Tiket masuk, Chu chi Tunnel, Mekong River Cruise
Transport
RM 100.00
Bus Taiping-KL-Taiping, Skybus, Teksi dan bus di HCMC
Makan
RM 100.00
3 x makan malam, makanan yang dibawa dari malaysia

RM 600.00




  1. Cuc Ty tu kedai kain dalam Pasar Benh Tanh tu, kalau nak beli cari Tina dan bagitau ada orang rekemen dan kelentong cerite sikit, mesti dia bagi cantik harga sikit.
  2. Marie Jamilah - Pembuat telekong yang cantik. Tapi bisness di rumah sahaja. Jadi kalau nak beli banyak-banyak pegi la naik teksi, corak dia cantik-cantik.
  3. Hotel Hai-nam dengan Saigon Pink 2 tu memang ok.



VOA Form - Imegresen dia tak kutip pun separuh, tak tau la kenapa

Cari The Sinh Tourist yang ini, yang lain tu semua meniru nama yang sama dan yang ini terbaik. Macam-macam pakej disediakan dan kalau nak ke Cambodia pun ada, tinggal sediakan duit aje.

Tiket Bus - Merah dari airport, biru dalam bandar. Harga T'shirt Hard Rock Cafe, RM100 lebih harga dia. Rasanya tempat lain bawah RM90 je...mahal sikit.

Tiket masuk Reunification Palace

Thursday, August 11, 2011

Bandaraya HCM - Hari ke 5

Kami mula agak lewat sedikit pada hari ke 5. Selesai bersarapan roti tabur serunding dan ikan bilis, milo dan meggi kami mulakan langkah melalui jalan di belakang Pasar Benh Tanh. Kami melalui rumah kedai yang menjual kain pasang yang kami beli kelmarin-kelmarin. Hanya mengambil 15-20 minit jarak dari hotel ke Reunification Palace kerana kami terpaksa menunggu lampu trafik bagi melintas jalan. Dengan bayaran sebanyak 15,000 Dong [RM5] kami masuk melalui pintu utama. Kami melawat kawasan sekitar di bahagian luar bangunan dahulu.


1. War Museum
2. Reunification Palace
3. Notre Dame Cathedral
4. Central Post Office
5. Hard Rock Cafe
6.  Hotel Continental Saigon
7. Opera House
8. Saigon Central Mosque
9. Museum
10. Shopping Complex Area
11. City Hall
12. Museum HCM

Kemudiannya kami masuk kedalam, kami tidak dibenarkan menggunakan pintu utama kerana ada acara Kerajaan sedang berlangsung. Kemeraman dan wartawan sibuk membuat liputan. Kami tidak tahu acara apa yang sedang berlansung, baca di banner pun masih tidak faham kerana ditulis dalam bahasa Vietnam...huhuuhu.

Reunification Palace

Ada beberapa tingkat di bangunan ini, tingkat yang dibenarkan pada hari ini ialah tingkat 1 keatas. Kami masuk mengikut pintu sebelah kiri, terus keatas melalui tangga kecil. Ramai betul orang yang datang melawat. Di tingkat satu terletak bilik-bilik president , bilik lain kegunaan president dan sebagainya. Di tingkat dua pula terdapat perpustakaan dan masih bilik-bilik kegunaan yang lain. Kami naik ke tingkat atas sekali melalui tangga kecil. Tingkat atas adalah bahagian bumbung bangunan dan dibina dinding di separuh bahagian dan terdapat sebuah helikopter di letakkan yang mempunyai nilai sejarahnya.

Reunification Palace, 135 Nam Ky Khoi Ngia, District 1. The Reunification Palace adalah sebuah contoh Soviet architecture. Ada sebuah terowong di bahagian bawah bangunan dan terdapat sistem telekomunikasi yang terbaik. 


pintu masuk

Helikopter yang telah menyelamatkan presiden dalam satu operasi


Operasi menyelamat dilakukan disini

Kami kemudian menuju ke kawasan hadapan Reunification Palace melalui taman yang menghijau di tengah-tengah kawasan yang sibuk. Tidak sampai 5 minit, kami tiba dibahagian tepi bangunan gereja lama. Kami singgah sebentar di bahagian hadapan dan terdapat taman bunga yang kecil dan ditanam bunga-bunga. Gereja yang terletak di Jalan Dong Khoi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Besar.


Notre Dame Cathedral 

Pemandangan hadapan Notre Dame Cathedral 

Kami terus masuk ke Pejabat Pos,  cantik betul hasil architecture yang dibina pada awal kurun ke 19 mengunakan ciri-ciri bangunan eropah. Kami berehat sebentar sambil mencuci mata melihat gambar-gambar yang digantung di dinding bangunan. Banyak kaunter yang kosong dan pelbagai jualan di kawasan tengah-tengah. Aku lupa pulak nak pos poskad, memang tak ingat lansung. Kami kemudian terus ke bahagian hadapan atas dan terdapat sebuah kedai cenderamata dan kami borong t'shirt disitu. Pejabat Pos Besar terletak di 2 Cong Xa Paris, District 1.


Pejabat Pos Besar, bersebelahan 

Kaunter pos

Pelakon popular sedang berlakon adegan di Pejabat Pos

Kami kemudian terus berjalan lagi, beli beberapa botol air mineral sejuk, bertanyakan arah lokasi bangunan seterusnya dan kami terus berjalan di kaki lima Jalan Dong Khoi. Banyak bangunan dan kedai-kedai lama di sepanjang kiri dan kanan jalan. Kami singgah sebentar di Parkson Dong Khoi dan terus masuk untuk melihat-lihat barang serta naik ke tingkat atas mencari kedai makan halal kakak Amy yang kami jumpa di dalam kapal terbang kelmarin-kelmarin. Hmm...gerai nya terletak di bahagian tengah dan kami menjenguk dari kejauhan sebab kami tidak lapar. Harga barang-barang di Parkson lebih kurang atau sama sahaja di Malaysia. Kami keluar dan terus berjalan lagi sehingga sampai ke Continential Hotel. Ianya juga bangunan lama yang sangat cantik dan berseni. Kami lihat dari luar sahaja, ianya hotel 5 bintang.

Hotel Continental Saigon - betul-betul bangunan lama dan cantik

Betul-betul berdepan dengan Hotel Continental adalah Rumah Opera, kami melihat sekitar dan rasanya tidak dibuka waktu itu. Kami mengambil beberapa keping gambar sebelum bergerak ke sebuah lagi taman bunga yang kebetulan hari itu terdapat pameran bunga-bunga. Jamu mata lagi kami, pelbagai jenis bunga. Di sekitar kawasan ini terdapat banyak kedai-kedai dan kompleks membeli belah yang mahal-mahal. Sebut sahaja apa jenama yang anda mahu, terhidang didepan mata. 

Opera House - bersebelahan Hotel Continental dan dihadapannya kedai LV

Kami masuk ke salah sebuah kompleks membeli belah melalui kaki lima kedai berjenama LV. Aku mencari Hard Rock Cafe, yang kebetulan kumpulan cina yang kami jumpa masa malam pertama dulu memberitahu ianya terletak di kawasan ini. Pusing punya pusing lansung tak nampak, bertanya orang sekitar tetapi tiada siapa yang fasih dan tiada siapa yang tahu apa itu Hard Rock Cafe. Kami masuk sebentar bertanya arah dan akhirnya diberitahu ianya terletak di belakang Pejabat Pos Besar...apa????? hmm, kami keluar dan ambil jalan melalui Taman kecil, Monumen dan City Hall terus ke Jalan Dong Khoi, melalui Parkson dan tidak meneruskan melalui Jalan Dong Khoi. Akhirnya kami tiba di Hard Rock Cafe, ianya terletak di bangunan kompleks membeli belah yang masih baru dibuka. Setelah habis membeli, kami ambil teksi untuk balik ke Hotel. 

City Hall - Di depan nya ada sebuah taman mini dan terdapat sebuah monumen

Kami letak barang di bilik, makan sedikit makanan dan terus menuju ke stesen bus berhadapan Pasar Benh Tanh. Kami ambil bus untuk ke China Town atau Binhtay Market. Tambang beberapa sen dan arah kami Binhtay Market. Agak jauh juga dan kami asyik memberi isyarat kepada konduktor tiket adakah kami sudah sampai ke destinasi kami?? Konduktor tiket membalas isyarat dengan mengelengkan kepala. Orang naik turun bersilih ganti dan kami melihat ramai juga masyarakat Islam Veitnam di dalam bus. Akhirnya bus tiba di stesen bus dan konduktor tiket bersuara "Binhtay Market". Err??? kami turun dan bertanyakan arah dan akhirnya kami nampak Pasar Binhtay, cuma sejauh mata memandang. 

Kami masuk kedalam, ramai betul umat manusia disini. Terdapat 2 tingkat disini, tingkat paling bawah sebelah kanan menjual pelbagai kain pasang yang masih belum dipotong. Sebelah kiri menjual pelbagai barang-barang seperti kasut, beg dan lain-lain lagi. Dibahagian belakang pasar terdapat sebuah tokong cina. Tingkat atas pula menjual tshirt dan kemeja untuk kanak-kanak dan dewasa. Kami terserempak dengan 3 orang malaysia, mereka menegur. Rasanya kami berjumpa dengan ramai orang Melayu Malaysia tetapi bila kami senyum mereka pura-pura buat tak nampak. Kami tidak lama di situ dan mula bergerak balik ke stesen bus. Kami singgah membeli kopi kisar yang murah sedikit daripada harga di Pasar Benh Tanh. 


Kami tiba di stesen bus berhadapan Pasar Benh Tanh dan kami terus menuju ke tengah-tengah bulatan untuk melepak sebentar di taman. Terlalu banyak kenderaan dan kami berjaya melintasnya. Udara disitu tidak la tercemar sangat dan walaupun bising bunyi kenderaan tetapi masih aman dan selesa.

Taman mini ditengah-tengah bulatan besar di depan Pasar Benh Tanh

Malam nya kami makan 'Pho' untuk kali terakhir di VN Halal. Membeli belah di pasar malam dan duduk melepak di taman.


Tempat-tempat yang kami ter'miss' nak pegi....

- Saigon Central Mosque, Jalan Dong Khoi, District 1. Dibina oleh Kumpulan India Muslims dari selatan India pada tahun 1935 di tapak masjid sebelumnya. Sangat bersih dan dijaga rapi. terletak di tengah-tengah kesibukan trafik di Jalan Dong Khoi. Terletak bersebelahan dengan Sheraton Hotel dan terdapat sebuah kedai makanan halal yang menyediakan makanan Selatan Indian  yang sangat sedap dan murah. Percuma teh ais dan pisang yang boleh dimakan seberapa banyak yang anda suka. 

- French Quarter - Melihat hasil architecture yang sangat berseni dan cantik serta kedai dan galeri seni.

- Opera House di waktu malam bagi menyaksikan keindahan lampu neon.

- Lain-lain museum lagi..

- Persembahan di Golden Dragon Water Puppet Theater, 55B Nguyen Thi Minh Khai, District 1. Persembahan jam 6 petang dengan harga tiket sebanyak $5 kalau tak silap la. Harus ditonton! 

Bandaraya HCM - Hari ke 4

Kami asalnya 50-50 keinginan untuk trip 'Mekong River Cruise'. Tapi alang-alang kami disini dan tidak ada apa lagi yang boleh dibuat kami akhirnya minta pihak hotel untuk booking kan kami trip kesana melalui Sinh Tourist juga. Seperti biasa bus datang di depan pintu hotel dan kali ini kami tidak perlu menunggu lama. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.30-2 jam. Guide kali ini kami rasakan sedikit 'kurang sopan'. Dia berceloteh dan sekali sekali bercakap dalam bahasa ibundanya. Kami menjadi pelik, 'owh, mungkin dia tidak fasih berbahasa enggeris dan mungkin beberapa ayat yang dia tidak ketahui. Akhirnya kami mendapat tahu bahawa terdapat perlancong tempatan juga didalam bus tersebut.

Jeti

Setibanya di sana kami diturunkan di hadapan jeti, ramai juga penumpang lain sudah berada disana. Pelbagai produk makanan dan kraftangan turut dijual. Ramai mengambil kesempatan membeli topi mengkuang. Kami tidak ambil peduli dan lansung tidak berminat membeli. Setelah mengambil beberapa keping gambar kami diarah kan untuk menaiki sebuah bot yang agak besar. Bermula lah pelayaran sungai mekong. Guide terus-terusan berceloteh. Kali ini terdapat ramai pelancong dari Korea Selatan. Kadangkala kami merungut bilamana pemandangan yang kami lihat sama sahaja di negara sendiri. 

Bot yang kami naik - sangat cantik

Kemudian kami dibawa melalui satu anak sungai yang selebar jalan raya dua arah. Kemudian bot berhenti dan semua turun dan seterusnya kami berjalan kaki pula di dalam kebun buah-buahan. Kami berjalan sambil bersembang ayam dan itik dengan pelancong dari Korea Selatan. Kami tiba di sebuah bangsal dan dipersilakan duduk. Kemudian datang beberapa orang perempuan memakai pakaian tradisional menghidangkan buah-buahan. Ada ciku, mata kucing, betik, rambutan dan beberapa jenis buah lagi. Kami duduk semeja dengan pasangan dari Korea Selatan dan pasangan dari Jepun yang baru tamat University. Mereka sangat kacak dan cantik, terpesona kami dibuatnya. Sudahlah dapat makan buah-buahan yang sedap dan berkongsi pulak dengan mereka...owch...

Anak sungai

Buah-buahan

Kemudian Guide kami membuat pengumuman bahawa kami terpaksa ketempat lain kerana para penyanyi dah pemain muzik tidak hadir disitu. Elok sahaja semua orang bangun dan mula bergerak, mereka pula sampai dan semua orang dipersilakan duduk kembali sambil mendengar persembahan mereka. Menarik.

Persembahan dari penduduk tempatan


Selesai persembahan kami berjalan lagi melalui denai-denai kecil. Kami keluar ke jalan raya, rupanya ada perkampungan besar di pulau dan ditengah-tengah sungai Mekong ini. Kami menunggu seketika bila kereta kuda sampai. Kami diminta naik dan seramai 6 orang setiap kereta kuda. Cuaca agak kering dan panas, nasib baik kami diberi pinjam topi mengkuang. Kereta kuda membawa kami melalui jalan mini tar dan melalui rumah-rumah orang kampung.


Kereta kuda


Tiba disatu tempat kami diturunkan setelah 10 minit menaiki kereta kuda. Kami dibawa ke satu tempat untuk persembahan ular. Meremang bulu roma aku bila ternampak ular yang sangat besar didalam jaring. Kami dihidangkan lagi makanan. Kali ini teh dicampur madu menjadi minuman istimewa yang dikata boleh menambahkan tenaga dan menghilangkan dahaga. Ada beberapa jenis kacang dan paling istimewa kuih kelapa manis yang sedap. Beberapa orang pelancong diberi peluang mencuba mencium dan memegang ular. Habis sahaja persembahan kami diberi peluang mengambil gambar.

Ular yang sangat besar


Teh + madu + limau kasturi makan bersama kacang dan kuih kelapa yang manis dan sedap

Lebah yang dibela sendiri, jadi madu yang kami minum tu segar dari ladang

Selesai, kami semua di bawa ketepi tebing sungai dimana sampan kecil sedang menunggu kami untuk dinaiki. Sangat menarik, kawasan yang sejuk dan nyaman, gembira betul masa ni. Tak sampai 10 minit kemudian tiba hujung sungai kecik ni ada deretan bot besar menunggu pulak. 






Kami naik bot dan terus menuju ke tempat makan untuk makan tengahari. Ada kawan aku sebelum ni pernah ke Sungai Mekong ni, mereka ambil makanan tengahari sebab kata mereka makan ikan dan seafood sahaja. Jadi kami yakin la boleh makan disitu jugak, tapi kami tidak pun bercadang makan tengahari sebab kami awal-awal sudah bawak roti gardenia, serunding dan ikan bilis. Kami tiba di kedai  makan, semua turun dan ambil tempat duduk masing-masing. Kami hanya berlegar-legar di kawasan luar tempat makan. Tempat kami makan dan dapur memasak agak jauh. Guide mengarahkan mereka yang lain berkongsi meja, satu meja sekurang-kurangnya 4 orang, tapi kami tetap dibawah. Guide pandang kami dengan cara yang menjengkelkan, mungkin dia akan dapat tips daripada pemilik kedai, siapa tahu. Aku ajak Mar makan ditepi pokok-pokok bunga sahaja, tapi Mar tidak setuju. Aku lihat anjing berkeliaran sana-sini dan dikawasan makan juga. Akhirnya perempuan pekerja kedai makan panggil kami untuk duduk di meja makan. Kami beritahu kami tidak boleh makan makanan mereka kerana tidak halal. Kemudian Guide mencelah sambil mengatakan bahawa ianya hanyalah ikan goreng. Kami menolak dengan baik walaupun guide tidak boleh menerima alasan kami, "Makan pun kena paksa...hmmm".


Kedai Makan Diem Phuong

Kami ambil meja paling hujung, yang paling dekat dengan kami ialah kumpulan pakcik-pakcik dan kakak-kakak dari Korea Selatan. Kami order air kelapa muda dan kami keluarkan bekalan makanan yang kami bawa. Sambil kami makan ada mata-mata yang memandang kami dan Aku terdengar guide/penterjemah kumpulan pakcik-pakcik menerangkan kepada mereka semua sebab-sebab kami tidak mahu makan. Bila kami selesai makan, Aku ajak Mar pusing-pusing sambil balik ke bot. Bila kami nak bayar harga air kelapa, pekerja kedai makan menolak dan memberitahu bahawa ianya percuma untuk kami.....muahahahaha...


Kami naik semula ke bot dan menunggu lebih kurang 10 minit sehingga semua naik dan mula bergerak ke destinasi berikutnya. Kami ke bengkel membuat gula-gula kelapa. Perjalanan lebih kurang 10 minit, kami tiba di tempat tersebut. Kami berkumpul sambil mendengar penerangan serta demo. Dari mengupas buah kelapa, memerah isi kelapa, mengasingkan santan, memasak santan tersebut dengan bahan-bahan lain sehingga menjadi kenyal dan bewarna coklat. Kemudian disejukkan sebentar, dimasukkan kedalam acuan, dikeluarkan  dibiarkan sejuk dan dipotong serta dibungkus. Mula-mula aku memang nak beli la gula-gula ni, tapi bila tengok la cara pekerja-pekerja disitu bekerja, hmmm...tak selera. Setiap orang diberi sepotong gula-gula, aku ambil dan hanya pegang ditangan dan kemudian buang jauh-jauh.


Proses penyejukkan

Membentuk

Memotong dan membungkus

Selesai melihat-lihat kami naik bot dan bergerak balik. Tiba di jeti kami diberi masa untuk ke tandas. Kami berasa amat lega bila mana masuk ke dalam bas, merasa dingin aircond sedangkan cuaca panas diluar. Petang baru kami tiba di Ho Chi Minh, kami minta untuk diturunkan di Pasar Benh Tanh. Kami balik terus ke hotel untuk berehat. Jam 8 malam baru kami keluar semula untuk makan malam, bersiar-siar dan membeli-belah di pasar malam.

Thursday, August 4, 2011

Bandaraya HCM Hari Ke 3 - Terowong Chu Chi & Muzium Perang

Hari ke 3 mula lebih awal. Semalam nya kami sudah meminta jasa baik pekerja di kaunter untuk booking kan  1/2 hari trip ke Terowong Chu Chi. Bus pendek datang mengambil kami di depan pintu hotel, hmmm....sangat menyenangkan. Kami diminta turun betul-betul di pejabat Sinh Tourist dan berkumpul bersama yang lain. Terlalu ramai orang yang menunggu, diluar, didalam. Pelbagai destinasi yang mereka ingin pergi. Kaki lima pula penuh dengan deretan bus besar menunggu masa untuk diisi penumpang. Kami menunggu hampir 20 minit sebelum dibenarkan naik. Bus hampir 70% di penuhi dengan orang putih dan beberapa orang sahaja yang kelihatan lain daripada mereka termasuk lah kami. Perjalan memakan masa lebih kurang 1.30 - 2 jam [sudah lupa kerana entry ini ditulis selepas hampir 1 tahun lebih...]. Tips berguna aku kutip dari CS ialah jangan mengunjungi Terowong Chu Chi di waktu petang kerana cuaca panas dan jika anda ingin merangkak di dalam terowong sejauh 100 meter tentu anda kelemasan.

Sepanjang perjalanan Guide asyik berceloteh dan kami sedikit terhibur. Kami tiba di kawasan kampung dan laluan jalanraya semakin kecil. Oleh kerana kawasan luas dan ramai pelancong lain Guide memakai topi putih dengan lambang dan meminta kami untuk mengingati wajahnya dan juga topi yang dipakai supaya kalau terpisah dari kumpulan kita masih boleh mencarinya. Kumpulan kami terlalu besar seramai 30 orang lebih. Guide hanya memberi penerangan tanpa sesiapa pun boleh mencuba kerana kami terlalu ramai. Aku masih ingat lagi satu 'movie' di youtube yang diambil oleh seorang perempuan yang melawat ke terowong mencuba memasuk kan badan mereka seorang demi seorang kerana mereka hanya 6 orang. Ini la rugi kalau melawat dalam kumpulan yang ramai tetapi untungnya harga pakej lebih murah.


Lepas satu ke satu kami ditunjuk dan diterangkan. Memang kagum dan tabik la kepada rakyat Vietnam kerana mereka dengan semangat waja mampu mengalahkan kuasa besar dunia Amerika. Sistem terowong mereka juga sangat unik dan terbaek pada masa itu. Mereka menyalurkan udara melalui lubang-lubang yang dibuat betul-betul dibawah pokok atau lebih tepat di kawasan akar-akar pokok dan kemudian mereka membuat busut tanah dipokok tersebut. Tentulah tiada siapa yang menyangka busut tadi ialah buatan manusia. Kemudian kami ke kawasan kedai cenderamata dan diberi masa berehat 20 minit. Di hadapan kedai tersebut ada kawasan menembak dan dengan bayaran beberapa dollar boleh lah mencuba pelbagai jenis senjata. 

 Busut [Mole Hill] buatan manusia untuk sistem pengudaraan di dalam terowong

sisa-sisa tinggalan perang pasukan Amerika


Sasaran anda dihadapan, tembaklah sesuka hati

Anda boleh memilih jenis senjata yang ingin digunakan

Setelah berehat kami dibawa pula melawat bangsal membuat kulit popia dari beras. Setelah dimasak kulit tersebut akan dijemur sehingga kering dan boleh disimpan lama. Kemudian kami dibawa pula kekawasan dapur bawah tanah. Hanya asap sahaja kelihatan dari atas tanah dimana kalau tidak diterangkan kita akan menyangka ada orang membakar sampah. Canggih sungguh. Kami dihidangkan teh O dan ubi rebus colek gula yang sedikit keras aku rasa. Hmm...kurang menarik kerana aku sudah biasa makan ubi rebus. Tapi kalau lihat pada orang putih semuanya bersungguh-sungguh makan. Kemudian kami dibawah ke kawasan menonton video mengenai sejarah terowong dan sejarah Vietnam dibawah tanah dan terbuka. Habis tayangan kami terus menaiki bus untuk balik. 

bangsal membuat kulit popia 

Jemuran kulit popia

stiker / tiket masuk

Tanpa disangka rupanya ada lagi satu tempat untuk disinggah. Bengkel kraftangan bagi golongan cacat, kecacatan yang disebabkan pengunaan bahan kimia semasa perang. Pelbagai jenis manusia yang cacat boleh dilihat, sedih sungguh. Tetapi mereka diberi bakat luarbiasa, mereka sangat kreatif. Pelbagai barang-barang cantik yang dihasilkan. Kami tak beli apa-apa pun kecuali cuci mata sahaja. Sebelum mereka dibenarkan bekerja di sini, mereka terlebih dahulu diberi krusus dan semua ini di biayai bantuan penuh dana oleh kerajaan Amerika. 

Lebih kurang 1 jam di situ kami bergerak balik. Kemudian seorang wanita indonesia dalam lingkungan 50an menegur kami setelah dia habis bercakap dengan dua orang minah saleh sebelah kami. Dia bertanyakan mengenai 'War Museum' dan terus bagitau Guide supaya menurunkan dia disitu. Kami terus ambil keputusan untuk turun juga disitu. Kami diturunkan jauh sedikit dari museum . Bila kami turun separuh dari orang-orang yang turun dari bus berkumpul melihat-lihat peta untuk mencari dimana museum. Rupa-rupanya hanya berjalan beberapa langkah sudah nampak museum nya. Dari luar sudah nampak kapal terbang, helikopter, kereta kebal dan pelbagai kenderaan yang pernah digunakan semasa perang dan yang paling penting masih ada lagi lambang Amerika. Kalau kami orang Amerika sudah tentu malu bila melihat perkara begini. Bayaran dikenakan, tetapi aku sudah lupa berapa. Kami masuk, ramai juga orang lain. Dari satu gambar ke satu gambar kami lihat dan baca penerangannya. Memang kejam sekali Amerika, memang aku caci maki mereka. Kemudian Aku mendengar seseorang menarik nafas yang sedikit kesedihan. Rupanya si Mar yang kesedihan tahap melampau, sehingga orang sekeliling semua melihat. Bila aku tanya jawapannya ialah "Aku sedih. Cuba engkau bayangkan, waktu 1970an Malaysia sudah merdeka tetapi mereka masih berperang. Kejam betul". Kami menghabiskan masa hampir 2 jam melihat dan duduk sebentar sambil minum air jus sejuk. Kemudian kami balik berjalan kaki sambil tidak tahu arah mana nak dituju. Kami lalu di belakang bangunan 'Reunification Palace' dan pada ketika kami lalu kami tidak lansung tidak tahu itu bangunan apa. Sambil bertanyakan arah dan berjalan akhir nya kami senyum lebar bilamana nampak dari jauh bahagian belakang Pasar Benh Tanh. Kami singgah sebentar dibeberapa kedai kain di sepanjang jalan. Kain-kainyang dijual sangat cantik dan harga tidak la murah jua. Kami membeli beberapa helai tiap seorang. Kami kemudian balik ke hotel untuk mandi dan berehat sebentar. 

Askar Amerika menyeksa rakyat Vietnam dengan memberi minum air sabun @Muzium Perang

cebisan mayat @ muzium Perang

Gambar ini terlalu cantik untuk diceritakan tetapi derita Rakyat Vietnam lansung tidak dapat diceritakan @ Muzium Perang

Gambar tentera Amerika yang ditembak mati dari helikopter @ Muzium Perang

Pengunduran Tentera Amerika setelah kalah dalam peperangan di Vietnam @ Muzium Perang

 Salah sebuah helikopter tinggalan Tentera Amerika @ Muzium Perang

 Salah sebuah kereta kebal milik Tentera Amerika @ Muzium Perang

Bilik tahanan / kurungan @ Muzium Perang

Salah sebuah sel kurungan @ Muzium Perang

Jam 8 malam kami keluar, acara paling best malam ini ialah makan makanan yang dibeli buat pertama kali selepas 3 hari di Vietnam. Kami memilih VN Halal disebabkan dekat dengan hotel. Semasa kami masuk ke dalam kedai ada 4-5 orang pelanggan sahaja. Aku memesan 'Pho' dan air strawbery dan makanan Mar aku sudah tidak ingat. Tapi kami makan dengan lahap dan kagum. Kami juga memesan 'spring roll' goreng yang sangat sedap. Harga makanan agak mahal kerana kedai halal boleh dikatakan agak esklusif kerana hanya terdapat beberapa buah kedai halal sahaja.

Pho

Spring Roll/Popia Gulung

Selesai makan kami pusing-pusing lagi sambil jalan selangkah selangkah [mode perlahan la]. Pusing satu pasar malam.