Thursday, August 4, 2011

Buff Head

Aku mula-mula melihat 'head buff' semasa menonton rancangan Survivor. Sangat menarik kerana ianya hampir boleh di pakai untuk keseluruhan badan itu pun kalau anda betul-betul kurus kering. Dari buat tutup di kepala, ikat tocang rambut, jadikan 'headband', penutup tengkuk, ikat di tangan, buat kan tube mengantikan baju, atau mungkin skirt. Kesemuanya mungkin dibuat dengan buff dan warna serta coraknya tidak akan luntur selamanya. Puas aku cari akhirnya aku terjumpa di laman web dan ianya di jual di sebuah kedai basikal di Taman Megah, bukan sebarangan basikal, kalau tidak ada duit beribu-ribu jangan pikir untuk membeli disitu. Harga untuk satu buff ialah RM 79.90, tetapi aku dapat harga diskaun RM 70.00, mula-mula aku beli satu sahaja.

Dua tiga bulan kemudian apabila berpeluang ke Kuala Lumpur lagi, aku singgah di kedai basikal untuk membeli lagi dua buff, harga tetap RM 70.00. Produk Buff berasal dari Spain dan sangat "multifunction". Aku sudah memakai nya di musim sejuk dan semasa musim kering dan panas, sangat selesa. Ia sangat "flexible" dimana sewaktu sejuk ia akan memanaskan dan di waktu panas ia akan mengurangkan kepanasan. Ada pelbagai corak dan design yang sangat menarik dan juga produk dari China yang lebih murah semurah RM10 setiap satu. Tetapi qualiti yang membeza kan, kualiti yang murah memang tak ble blah la. Aku pernah beli 2 helai dulu di Alamanda dengan harga RM25 setiap satu dan bila aku balik aku teliti balik design dia rupa-rupa gambar tengkorak. Aku jual pada member dan dia beli tanpa banyak soal. Walaupun buff yang mahal, aku takan pilih corak yang bukan-bukan. Aku takan pilih corak manusia, binatang atau corak yang aku fikir memang aku tak pakai. Kebanyakan corak aku abstrak, jalur-jalur warna dan warna yang aku pilih cerah-cerah belaka.

Kemudian aku terjumpa pulak buff ni di kedai Corezone terletak di SS24, PJ. Banyak pilihan tetapi harga tidak boleh dirunding. Harga barang-barang di Corezone terlalu mahal. Aku beli 2 corak di seperti gambar dibawah, sangat menarik. Sebenarnya terlalu banyak untuk aku pilih cuma wang sahaja yang tidak membenarkan. 


Aku beli lagi dua buff berharga RM10 setiap satu di Uptown Danau Kota. Kain sedikit licin dan ada jahitan penyambung. Aku akan gunakannya waktu membuat aktiviti tetapi tidak untuk melancong kerana kurang selesa. 

2 comments:

  1. Apa nama kedai beskal kt tmn megah tu? Nk cari buff yg gempak n cool ni...

    ReplyDelete
  2. Nama kedai tu Bike Pro, jalan kaki dari lrt bahagia pun bole jugak...skrg ni banyak tempat aku nampak ada jual tapi terhad. Kalau nak complete set memang kat corezone tu. Yang paling cantik design national geo n survival. Kalau di Lafuma Bangsar pun ada jugak..

    ReplyDelete