Friday, August 12, 2011

Bandaraya HCM - Hari Terakhir

Malam tadi kami berkemas semua barang-barang. Masa datang aku 1 beg 35lt aje. Tapi bila balik beg sudah jadi 3. Aku pun satu hal jugak, aku bawak sling beg 2, beg sandang 2, beg kamera 1. Dah jadi berapa beg dah tuh. Nasib baik yang lain-lain tu memang boleh dilipat-lipat. Nak bergaya la katakan. Mar macam biasa, beg tarik dia memang dah cukup besar untuk barang-barang dia. Barang yang aku beli nie semua bukan untuk aku pun, untuk adik beradik yang dok menjadi pesanan penaja tiap kali aku berjalan. Untuk aku?? T'shirt Hard Rock sehelai, kemeja 2 helai, fridge magnet 1 dan beg Crumpler ciplak tuh.

Crumpler made in Vietnam - tipu punyer...

Aku beli kain 12 pasang, 5 helai telekung pesan dari kawan, tshirt untuk anak sedara 10 helai, tshirt untuk yang lelaki 6 helai, baju untuk bapakku, makanan untuk umie aku, fridge magnet berlambak-lambak dan pelbagai lagi barang-barang. 15kg ngam-ngam ho je untuk beg aku. 

Pagi lepas sarapan kami bungkus semua bekalan makanan yang masih tak habis. Coklat, bun, minuman 2in1, serunding, ikan bilis, roti, meggi. Kami bungkus dalam 2 bekas. Kami ke Pasar Benh Tanh untuk 'Last Minute Shoping'. Kami bagi lebihan makanan kepada kakak yang mintak sedekah. Kami pegi ke kedai menjual pelbagai baju siap. Ada baju kurung, tudung, telekong, jubah berkelipan dan banyak lagi. Semua cantik-cantik cuma duit kami sahaja yang tak cantik. Manik-manik jahitan tangan menambahkan lagi cantiknya baju-baju.   Kami ingat ianya kedai orang Muslim, rupanya bukan. Pekerja disitu pakai seluar pendek sahaja pun. Kami keluar dan membeli di Pasar Benh Tanh.

Jam 2 petang kami naik teksi untuk ke Airport, perjalanan ambil masa 30 minit lebih kurang. Penerbangan kami jam 4.10 petang nanti. Airport sangat lengang dan kosong, tak ramai orang pun. Kami masuk dan pusing dari hujung ke hujung. Tiba satu sudut kami nampak orang buat drama. Kami berhenti tengok dari jauh sahaja. Kemudian lalu 3 orang keluarga orang putih suami, isteri dan anak. Si suami mungkin tak puas hati tengok dari jauh bergerak betul-betul dihadapan dinding kaca. Tanpa dia sedar di tersepak wayar supply power untuk kamera dan pelbagai alat-alat yang sedang digunakan. Hmm...semua mata memandang tepat pada dia, dia baru perasan nak memohon maaf sambil muka cuak dan tidak lama kemudian bergerak dari situ. Mana tidak semua orang marah, orang tengah feeling baik punya, berpeluk-peluk dan adegan dah nak siap tiba-tiba berhenti. Huhuhu, kesian sungguh.


Semua orang terdiam dan pandang mat saleh tuh

Power supply plug rosak dan tercabut dari tempatnya

Kena mula berlakon dari awal balik.....huhuhu

Tan Son Nhat Airport

Beg aku yang warna kuning, pastu beg sandang adidas dan beg camera crumpler.


Kami pergi Sabtu 27 Feb 2010 dan kami balik Khamis 04 Mar 2010. Sangat seronok.


Perbelanjaan aku


Tiket
RM 150.00
termasuk Luggage 15kg, Hot Dog x2
Hotel
RM 150.00
USD$10 x 5 malam
Pakej
RM 100.00
Tiket masuk, Chu chi Tunnel, Mekong River Cruise
Transport
RM 100.00
Bus Taiping-KL-Taiping, Skybus, Teksi dan bus di HCMC
Makan
RM 100.00
3 x makan malam, makanan yang dibawa dari malaysia

RM 600.00




  1. Cuc Ty tu kedai kain dalam Pasar Benh Tanh tu, kalau nak beli cari Tina dan bagitau ada orang rekemen dan kelentong cerite sikit, mesti dia bagi cantik harga sikit.
  2. Marie Jamilah - Pembuat telekong yang cantik. Tapi bisness di rumah sahaja. Jadi kalau nak beli banyak-banyak pegi la naik teksi, corak dia cantik-cantik.
  3. Hotel Hai-nam dengan Saigon Pink 2 tu memang ok.



VOA Form - Imegresen dia tak kutip pun separuh, tak tau la kenapa

Cari The Sinh Tourist yang ini, yang lain tu semua meniru nama yang sama dan yang ini terbaik. Macam-macam pakej disediakan dan kalau nak ke Cambodia pun ada, tinggal sediakan duit aje.

Tiket Bus - Merah dari airport, biru dalam bandar. Harga T'shirt Hard Rock Cafe, RM100 lebih harga dia. Rasanya tempat lain bawah RM90 je...mahal sikit.

Tiket masuk Reunification Palace

1 comment:

  1. salam,boleh x sy nak mtk alamat marie jamilah tu?xjelas sgt..tq

    ReplyDelete