Monday, July 18, 2011

Bandaraya HCM - Hari ke 2

Kami habiskan masa separuh hari untuk berpindah randah. Tandas di bilik memang tidak menyelerakan. Sebelum kesini Mar sudah menghantar email untuk bilik di Pink Saigon 2. Mar tengok email dan kebetulan ada email masuk dari Pink Saigon 2 mengatakan ada bilik kosong. Kami keluar untuk melihat bilik di sana dan berpuas hati. Kami booking dan mintak pihak hotel untuk menjemput kami dari di Hotel lama Hai Nam Hotel. Selesai check-out kami menunggu hampir 15 minit, tetapi tiada bayang pekerja hotel. Kami kenal muka lelaki yang akan datang menjemput kami. Akhirnya kami bersetuju untuk naik teksi dengan bayaran 1 dollar walaupun jarak cuma 2-3 minit sahaja.



daripada semua info-info semua rekemen untuk menggunakan teksi Vinasun 

Kami tiba di hotel dan di sambut muka bengang salah seorang pekerja disitu. Pekerja perempuan yang tua sedikit berkata lelaki yang dihantar sudah kesana dan kenapa kami menaiki teksi. Kami terangkan kami sudah menunggu lama. Kemudian lelaki itu kembali sambil mengeleng-ngelengkan kepala tanda marah kepada kami. Kami terangkan juga kepada dia, tetapi dia tidak mahu menerima alasan, lantak lah. Kami masuk kebilik dan makan tengahari dengan menu yang biasa = Megi in mug, milo, roti putih dibubuh serunding + sambal ikan bilis rangup.

Oleh kerana sudah separuh hari masa berlalu kami bersetuju untuk habiskan masa dengan melihat-lihat barang di Benh Tanh Market sehingga petang. Malamnya juga kami makan menu yang sama dan kami ke pasar malam lagi dan berjumpa dengan kumpulan orang cina semalam. Kami bersembang lagi dan kali ini mereka mencadangkan kami untuk ke China Town, dan menyuruh kami menggunakan bus awam sahaja kerana teksi mungkin akan caj mahal sedangkan bus hanya beberapa sen.


Jarak Pasar Benh Tanh dari arah Hotel Pink Saigon 2 terlalu dekat

Kami beli beberapa barang kasut kayu yang cantik dan baju t'shirt..


Kasut kayu buatan tangan, pelbagai corak dan warna yang menarik

KL - Bandaraya HCM - Hari 1

Kalau sebut sahaja Saigon atau Ho Chi Minh City pasti semua orang tahu dimana lokasinya. Mana tidaknya, pernah berperang sesama sendiri kumpulan utara dan kumpulan selatan serta di jajah oleh China dan Amerika mempunyai cerita duka lara. Kebijaksanaan merancang peperangan telah membuat kan Amerika kalah malu dan menyerah diri serta terpaksa membayar harga yang mahal akibat kekalahan. Mereka begitu teliti dalam mengatur strategi perang, dari membuat terowong seterus nya kepada penghasilan perangkap yang meragut banyak nyawa Amerika. 

Paling menyedihkan, pengunaan Agen Orange oleh tentera Amerika melenyapkan sama sekali manusia dan tumbuh-tumbuhan. Hasil daripada semburan dari udara itu juga telah menghasilkan manusia-manusia pelik dan cacat. 

Oct 2009 Kurang lebih 6 bulan aku merancang perjalanan. Daripada kerja satu pejabat, sehingga Mar  berpindah ke pejabat yang lain, semua rancangan kami aturkan dengan sempurna. Pada mulanya kami akan menginap di Pink Saigon, hotel yang keseluruhan bangunan berwarna pink menaikan lagi rasa tidak sabar aku. Aku dari Perak dan Mar dari Terengganu berjumpa di LCCT. Penerbangan kami jam 02.55 petang hari sabtu 27 Feb 2010 dan tiba di Tan Son Nhat International Airport jam 04.45 petang. Dalam perjalanan masing-masing asyik bercerita setelah sekian lama tidak bertemu. Kami bertemu Amy juga dari Malaysia yang kerap kali berkunjung ke sana menguruskan perniagaan restoran makanan. Kakak Amy membuka gerai makanan di Parkson Jalan Dong Khoi.

Tan Son Nhat International Airport

Lepas dari kastam kami terus ke bahagian luar, terlalu ramai di kawasan menunggu. Kami terus ke tandas dahulu. Tandas tiada paip??? hahahaha...kena lap aje la, mar terus tak jadi membuang...simpan dahulu katanya. Kami terus naik bus ke Bandar, bus bertulis Benh Tanh Market. Tiket hanya 6000Dong dan jarak perjalanan 20 - 30 minit sebab berhenti-henti. Masa naik tu aku dah bagitau pemandu tu yang aku nak turun di benh Tanh Market. Bus tiba di Pham Ngu Lao ada 2-3 orang mat saleh turun. Kami relaks dan tidak peduli. Bila bus membelok ke kiri kami juga tidak peduli, destinasi kami ialah Benh Tanh Market. Bus berhenti dan ada yang naik, dan secara tiba-tiba pemandu bus menjerit-jerit dan mengarahkan kami sesuatu. Tak paham, pening lalat dan kelam kabut kami dan orang di dalam bus semakin gamat ketawa dan memandang kami. Aku terus menyandang beg dan turun dari bus, tetapi kesian Mar, dia kena tarik beg roda gedabak untuk turun. Kami tak pandang lansung bus sebab mereka semua masih ketawa kan kami, Muahahahaha, seronok sebenarnya. Kami kebetulan turun betul-betul di hadapan 'Money Changer dan terus lah menukar sedikit Dong untuk digunakan nanti sementelaah mereka lebih suka mengunakan wang dollar. Semasa melintas terpandang pulak Pejabat Sinh Tourist, apalagi mencari info la pulak kami.
Bus mini - selesa, mudah dan jimat

Seterusnya kemana arah yang hendak diambil kami pun tidak pasti lagi. Jam menunjuk kan lebih kurang 5.30 petang. Jalan semakin sibuk, waktu orang keluar dari pejabat. Mula tadi kami sudah bertanya pada pekerja Money Changer, kemudian tanya lagi di Sinh Tourist dan akhir nya mula bertanya-tanya orang lalu lalang. Kami lansung tak nampak bangunan Benh Tanh, mungkin kami sudah sesat. Hmmm, aku kesian tengok Mar menarik, menolak, mengangkat dan pelbagai aksi ditunjukan terhadap beg roda bagaknya. Akhirnya aku pegang tangan Makcik yang mungkin baru balik kerja sambil bercakap 'Benh Tanh Market' dia tersenyum sambil mengangguk seolah-olah faham dan tarik tangan aku. Dia tunjuk isyarat supaya kami mengikut dia. Dalam masa aku mengikut Makcik tu yang berjalan dengan laju aku lansung tidak pedulikan lain-lain lagi. Bila aku pusing kebelakang baru aku sedar yang si Mar sudah terlalu jauh dari kami. Hmmm....mungkin terlalu payah membawa beg itu. Aku tunggu Mar dan bila aku toleh kedepan Makcik sudah tidak kelihatan, pulak dah. Aku tension kejap, tapi bila tiba penhujung jalan untuk melintas Makcik ada disitu menunggu sambil tersenyum kearah kami, fuhhh...lega.


Pasar Benh Tanh

Terasa jauh betul dan dengan keadaan yang terlalu sibuk aku rasa bahaya untuk melintas. Kami biarkan Makcik yang menghadap lalu lintas dan kami ikut sahaja gerak kaki Makcik. Berjaya kami melintas jalan yang bising dengan bunyi hon dan kenderaan yang berpusu-pusu. Akhirnya kami tiba di Stesen Bus dan Makcik mencuit bahu aku dan dengan tersenyum mengarah kan jari sambil berkata "Benh Tanh"...Aku dan Mar senyum gembira. Aku gengam sedikit duit untuk dihadiah kan kepada Makcik, tetapi dia tolak mentah-mentah. Walaupun Makcik tidak faham bahasa Aku, walaupun Makcik lain-lain bangsa dan agama, tetapi Makcik sanggup membantu. Terima kasih Makcik....


Beranikah anda untuk melintas ketengah bulatan ini??? kami sudah. Ditengah bahagian bulatan terdapat taman mini yang kecil tetapi sangat selesa.

Stesen bus setempat terletak berhadapan Pasar Benh Tanh

Kami melintas jalan untuk ke Benh Tanh Market kerana dari sana 'starting point' kami untuk ke hotel. Setelah 40 minit kehulu dan kehilir, bertanya berpuluh-puluh orang, menahan teksi tetapi kami tidak juga berjumpa. Kami masuk ke sebuah hotel, orang di kaunter bercakap English gitu-gitu sahaja dan kami kena la gunakan english yang mudah untuk komunikasi. Kami bertanyakan harga bilik USD$30 semalam dan untuk bilik tiada tingkap USD$28. Terlalu mahal buat kami, kami tawar menawar lagi,, last price katanya, lantak la. Kami mintak dia untuk menelefon ke Hotel yang kami sudah booking tetapi dia tidak mahu dan mintak kami duduk dihotelnya. Akhirnya kami beritahu akan bayar untuk panggilan tersebut akhir nya dia setuju menolong. Akhirnya wakil hotel datang menjemput kami, bayangkan kami telah lalu lalang di kawasan tersebut berpuluh-puluh kali tetapi tidak nampak lansung. Nombor unit kedai bercelaru, kami mencari Hai Nam Hotel, 169, Le Than Ton Street. Kami telah berada di jalan Le Than Ton selama 40 minit dari tadi....susunan unit kedai yang kami nampak 167, 168 dan kemudian terus 171. Memang pening la mencari. Kami selesai check-in jam 7 petang dan diberi bilik paling bawah sekali - tiada tingkap USD$20, hmmm....selesa. 

Le Than Ton Street

 
Le Than Ton Street

Kami hanya makan tengahari yang sedikit, lapar perut. Nasib baik bekalan makanan banyak. Makan makanan wajib dulu = Meggi mug dengan Milo beserta roti gardenia serunding dan ikan bilis rangup....Jam 9 malam kami keluar ke pasar malam di sekitar Benh Tanh Market. Tidak banyak gerai, tetapi banyak barang-barang yang boleh dibeli. Kami melihat jalanraya yang di susut lansung kenderaan dan bunyi hon. Kami singgah di sebuah gerai untuk melihat dan kemudian ada suara yang menegur dalam bahasa melayu yang sangat baik. Kagum sekejap kami, ingatkan peniaga gerai yang pandai berbahasa melayu. Sembang punya sembang rupanya mereka seramai 9 orang dari Malaysia datang sudah 3 hari. Mereka cadangkan gerai tersebut kepada kami sebab harga boleh ditawar dengan mudah dan barang-barang jauh lebih murah dari dalam Benh Tanh Market. Setelah isteri mereka habis memborong, mereka ajak kami minum di gerai-gerai sekitar. Aku mula-mula kembang tekak jugak, iya lah tempat tidak halal, macam kita tengok kedai orang cina di sini la. Aku tengok riak muka Mar ok je, aku pun hantam saja la. Aku ambil jus manga dan Mar ambil kopi sementara mereka yang lelaki minum arak dan perempuan minum jus. Kami sembang sampai tak ingat, sekali tengok jam sudah 12 malam. Hmmm...kena balik la. Lepas tukar email address kami balik ke hotel. 


Malamnya aku cirit birit, mungkin tak tahan dengan jus mangga kot. Sebab kurang kebersihan dan keadaan gerai di tepi jalan.

HCMC - City Guide

Route HCMC

Untuk menjimat kan kos kita semasa melawat HCMC boleh la kita cuba menggunakan kenderaan awam. Bus disana amat selesa dan tanda arah nya amat jelas. Untuk ke District 1 ambil bus no. 152 di Airport untuk ke Benh Tanh Market. Masa Naik Bagitau Pemandu Bus tu nak turun di Pham Ngu Lao Street/Benh Tanh supaya dia tahu kita nak turun disitu. Tambang lebih kurang 3000 dong/ 60 sen. Ini bus mini orang tempatan, bukan bus Airport dan bus  henti-henti, jadi memang ambil masa lebih untuk ke District 1 ni. 

Dari Pham Ngu Lao Street tu kena la berjalan kaki pulak untuk ke Pasar Benh Than. Berhati-hati sebab jalan penuh dengan motosikal. 
Tips untuk melintas jalan :
1. Jalan melangkah teragak2, orang Vietnam memang wajib tekan hon, pedulikan. 
2. Pastikan mata kita melihat mata pemandu motosikal yang datang dalam ertikata dia tahu kehadiran kita yang mahu melintas jalan. Buat cara yang sama pada semua motosikal atau kereta yang menuju kearah kita.

Pink Saigon 2 Hotel rasanya dalam 2* kot, dan sekadar untuk tidur malam sahaja rasanya cukup selesa. Bilik bertingkap berharga dari USD$25 dan kalau nak jimat lagi ambil la yang tiada tingkap berharga USD$20. Alamat hotel ialah Nguyen An Ninh Street 32 , District 1, Phone: +84 8 8272339. Papan tanda hotel memang susah nak nampak sikit tapi senang sangat nak cari kawasan sini. Nombor kedai-kedai si kawasan sekeliling Benh Than ni memang tak teratur, dulu kami menghabiskan masa 1 jam mencari hotel. Kalau nak booking bilik melalui internet, disini disertakan linknya http://hotels-vietnam-en.ghix.com . Terdapat beberapa lagi hotel yang menggunakan nama yang sama, tetapi pilih pink Saigon 2 kerana ianya dekat dengan pasar benh tanh. Kedai makan pulak yang paling dekat dengan benh tanh market ialah VN Halal, makanan memang sangat sedap dan mahal.

Untuk Tour ke Mekong River Cruise dengan Chu Chi Tunnel boleh mintak org hotel booking kan, ambil Sinh Tourist lebih selesa dan ok. Office Sinh Tourist terletak di Hem 28 Bui Vien  area. Jadi kalau nak booking sendiri atau nak tengok harga boleh la pegi jenguk masa turun dari bus tu, sebelum jalan kaki ke Hotel.

Tukar duit - Di setiap kedai emas di sekitar kawasan Benh Than Market ada buat tukaran duit. Dalam banyak2 kedai tu ambil Kedai Emas Ha Tam kerana harga paling ok. Kedai dia adalah blok yang menghadap Pasar Benh Tanh tepi sekali selari dengan Hotel Pink Saigon 2. Tapi berhati-hati semasa tukar kerana terkini pihak berkuasa memerhatikan kedai-kedai yang buat perniagaan tukar duit ni kerana diaorang takde lesen. Jadi kalau nak lagi selamat cari la tempat lain yang berlesen. 

Kedai emas yang membuat urusniaga tukaran wang

Untuk membeli belah, elok la hari pertama tu tengok-tengok sahaja barang dan harga. Nanti kalau betul-betul nak beli kita dah tahu harga dan berapa perbandingan. Benh Than Market memang mahal, hampir separuh atau lebih kita boleh mintak kurang. Rasanya harga di pasar malamnya lebih murah dan boleh ditawar lagi. Kalau suka makan buah, boleh la ke bahagian belakang Market untuk memilih buah-buahan dan rasanya kebanyakan buah terdapat di tempat kita juga. Boleh juga ke Binh Tay Market [China Market], lebih kurang 30 minit menaiki bus tempatan dengan harga tiket yang 60/70 sen. Ambil bus di hadapan Benh Than Market dan tidak perlu risau kerana destinasi terakhir bus ialah di Binh Tay Market [perlu berjalan 1-2 minit]. 

Pasar Binh Tay