Route HCMC
Untuk menjimat kan kos kita semasa melawat HCMC boleh la kita cuba menggunakan kenderaan awam. Bus disana amat selesa dan tanda arah nya amat jelas. Untuk ke District 1 ambil bus no. 152 di Airport untuk ke Benh Tanh Market. Masa Naik Bagitau Pemandu Bus tu nak turun di Pham Ngu Lao Street/Benh Tanh supaya dia tahu kita nak turun disitu. Tambang lebih kurang 3000 dong/ 60 sen. Ini bus mini orang tempatan, bukan bus Airport dan bus henti-henti, jadi memang ambil masa lebih untuk ke District 1 ni.
Dari Pham Ngu Lao Street tu kena la berjalan kaki pulak untuk ke Pasar Benh Than. Berhati-hati sebab jalan penuh dengan motosikal.
Tips untuk melintas jalan :
1. Jalan melangkah teragak2, orang Vietnam memang wajib tekan hon, pedulikan.
2. Pastikan mata kita melihat mata pemandu motosikal yang datang dalam ertikata dia tahu kehadiran kita yang mahu melintas jalan. Buat cara yang sama pada semua motosikal atau kereta yang menuju kearah kita.
Pink Saigon 2 Hotel rasanya dalam 2* kot, dan sekadar untuk tidur malam sahaja rasanya cukup selesa. Bilik bertingkap berharga dari USD$25 dan kalau nak jimat lagi ambil la yang tiada tingkap berharga USD$20. Alamat hotel ialah Nguyen An Ninh Street 32 , District 1, Phone: +84 8 8272339. Papan tanda hotel memang susah nak nampak sikit tapi senang sangat nak cari kawasan sini. Nombor kedai-kedai si kawasan sekeliling Benh Than ni memang tak teratur, dulu kami menghabiskan masa 1 jam mencari hotel. Kalau nak booking bilik melalui internet, disini disertakan linknya http://hotels-vietnam-en.ghix.com . Terdapat beberapa lagi hotel yang menggunakan nama yang sama, tetapi pilih pink Saigon 2 kerana ianya dekat dengan pasar benh tanh. Kedai makan pulak yang paling dekat dengan benh tanh market ialah VN Halal, makanan memang sangat sedap dan mahal.
Untuk Tour ke Mekong River Cruise dengan Chu Chi Tunnel boleh mintak org hotel booking kan, ambil Sinh Tourist lebih selesa dan ok. Office Sinh Tourist terletak di Hem 28 Bui Vien area. Jadi kalau nak booking sendiri atau nak tengok harga boleh la pegi jenguk masa turun dari bus tu, sebelum jalan kaki ke Hotel.
Tukar duit - Di setiap kedai emas di sekitar kawasan Benh Than Market ada buat tukaran duit. Dalam banyak2 kedai tu ambil Kedai Emas Ha Tam kerana harga paling ok. Kedai dia adalah blok yang menghadap Pasar Benh Tanh tepi sekali selari dengan Hotel Pink Saigon 2. Tapi berhati-hati semasa tukar kerana terkini pihak berkuasa memerhatikan kedai-kedai yang buat perniagaan tukar duit ni kerana diaorang takde lesen. Jadi kalau nak lagi selamat cari la tempat lain yang berlesen.
Kedai emas yang membuat urusniaga tukaran wang
Untuk membeli belah, elok la hari pertama tu tengok-tengok sahaja barang dan harga. Nanti kalau betul-betul nak beli kita dah tahu harga dan berapa perbandingan. Benh Than Market memang mahal, hampir separuh atau lebih kita boleh mintak kurang. Rasanya harga di pasar malamnya lebih murah dan boleh ditawar lagi. Kalau suka makan buah, boleh la ke bahagian belakang Market untuk memilih buah-buahan dan rasanya kebanyakan buah terdapat di tempat kita juga. Boleh juga ke Binh Tay Market [China Market], lebih kurang 30 minit menaiki bus tempatan dengan harga tiket yang 60/70 sen. Ambil bus di hadapan Benh Than Market dan tidak perlu risau kerana destinasi terakhir bus ialah di Binh Tay Market [perlu berjalan 1-2 minit].
Pasar Binh Tay
No comments:
Post a Comment