Thursday, March 10, 2011

Ekspedisi Gunung Kinabalu

Ini expedisi kali ke-2 untuk aku ke Gunung Kinabalu, kali pertama tahun 2005. Trip dibawah kelolaan Kelab Sukan dan Rekriasi Opus [OSRC] seramai 50 orang, memang cukup padat dan membosankan. Dulu masih kuat dan muda belia [sekarang takde la tua pun, muda gak lagi]. Dulu aku mampu sampai ke Sayat-sayat Gate sahaja. Masa tu jam dah dekat-dekat pukul 6 pagi. Masa tu juga la kali pertama naik kapal terbang dan aku deman sebab terlalu gembira sangat. Pagi nak mula perjalanan aku makan 4 biji ubat, 2 biji aku telan dulu dari stok ubat aku sendiri dan 2 biji lagi di beri oleh seseorang yang aku dah kabur-kabur ingatan. Jadi jumlah ubat deman, selsema dan pelbagai 4 biji. 

Masa mula berjalan aku bersaing dengan Ehsan, dia sanggup jalan bersama-sama dan jadi buddy aku. Masa sebelum tiba Layang-layang Hut aku dah mula-mula muntah, aku kena penyakit gunung [acute mountain sickness]. Badan semakin panas dan bahang terasa, semasa berehat sebentar di Layang-layang aku diberi makan pisang dan minum air kosong. Tapi bila melepasi kerongkong secara automatik perut menolak keluar balik. Ketinggian menyebabkan aku menjadi bertambah tidak sihat. Setelah 8 jam bertungkus lumus, akhirnya aku tiba di Laban Rata dan disambut gembira oleh yang lain-lain dan terus bergambar di dataran. Aku hilang selera, mata berair dan badan semakin panas. Aku berehat tetapi susah hendak tidur. Jam 1.00 pagi bangun bersiap-siap dan turun makan pagi di kafe, Jam 1.40 - 2 pagi mula perjalanan. Memang terlalu sukar buat aku bernafas, hujan renyai-renyai.

Akhirnya aku terkandas di sayat-sayat gate sahaja, aku bungkus badan mengunakan 'Emergency Blanket" tapi tak cukup menghilangkan rasa dingin dan kesejukan melampau pagi di atas gunung. Tingal lebih kurang 1.5 Km sahaja untuk aku ke puncak, tetapi otak memberi isyarat, aku mengalah. Bila keadaan luar sudah terang dan semakin terang aku mula kan perjalan turun bersama-sama 4 orang Askar Wataniah [simpanan] yang sudah agak berumur yang juga tidak berjaya ke puncak dan seorang kakak yang aku lupa lansung namanya. Perjalanan turun agak santai kerana tidak mengejar masa, dan sempat bergambar. Tiba di Laban Rata kami makan pagi dan aku mula mengemas barang2 dan menunggu beberapa orang lain untuk turun ke titik mula.

Aku tidak lagi berharap trip kali ini akan gagal seperti yang pertama dulu. Aku membuat sedikit sebanyak persiapan dan aktiviti supaya ada stamina. Tetapi tinggal di Taiping memang agak sukar kerana hampir setiap hari hujan turun dan aktiviti sukar dijalankan. Aku mengambil keputusan untuk menaiki tangga di rumah sebagai ganti larian di taman tasik. 



Info seperti berikut :

Kos - RM790.00

kos meliputi :-
- Permit mendaki
- Bayaran masuk Kinabalu Park
- Insuran mendaki
- Upah Guide (mesilau - Peak - Timpohon)
- Sijil
- Penginapan di Laban Rata x 1 malam (Gunting Lagadan - Non Heated Dormitory)
-1 x Night Non-Heated Dorm Bed @ Laban Rata Resthouse
-1 x Packed Lunch @ Balsam Restaurant, Kinabalu Park
-1 x Buffet Dinner @ Laban Rata Restaurant
-1 x Supper Breakfast @ Laban Rata Restaurant
-1 x Breakfast @ Laban Rata Restaurant
-1 x Lunch @ Balsam Restaurant, Kinabalu Park
- Penginapan di kaki gunung x 1 malam (Bayu Homestay Natural Aircond)
- Penginapan di bandar Kota Kinabalu x 2 malam (Borneo Backpackers)
- Bayaran Masuk ke Pulau Manukan
- Bot Jesselton Point - Pulau Manukan - Jesselton Point
- Pengangkutan LCCT KK - KK - LCCT KK
- Pengangkutan KK - KK Park - KK
- Pengangkutan KK Park - Mesilau Gate - Timpohon Gate - KK Park


*Kos di atas TIDAK termasuk :

- Tiket Kapal terbang
- Makan minum semasa di sana
- Via Feratta RM 550.00 
- *Water Rafting di Beaufort TIDAK jadi buat kerana kos yang agak mahal dan jugak bentuk muka bumi yg agak jauh gak kalau nak sampai situ.....pegi 3 jam balik 3 jam.....fuhh jauh tuu)


OK...shazmin dah call pihak KK park dan tempat utk stay kat Gunting Lagadan Hut dah dapat (min book 18seat).....so kalau boleh kepada semua yg masih berminat nak join trip ni boleh sediakan RM350 dulu sebagai deposit (sebelum 5/10 ni) sebab min nak buat pembayaran untuk booking penginapan tu secepat mungkin....kalau lambat takut tak dapat pulak sebab date kita nak panjat tu pun jatuh pada public holiday.....so boleh lah sediakan dulu duit deposit 350 tu kan...gaji nak masyukkkk lagi 2-3 hari ni....cun la tuu)........

FYI, kali ni punya trip kita akan panjat ikut MERSILAU - PEAK - TIMPOHON....... masyaallah view sgt cantekkk.......
mesti mau bawak kamera mahal-mahal......kalau x bawak memang rugi....(ni ayat pancing kepada mereka2 yg ada kamera Nikon D90 tu ler...:))

Apa-apa pertanyaan boleh lah reply balik.....( jangan reply yg bukan-bukan lah woiii....buat semak msg ajee.....
kang aku suruh Elly James cekik korang kang.....hehehe)

Jadual atur cara majlis seperti dibawah......tarik mouse.....


SEKIAN, TERIMA KASIH.
Timbalan Presiden ,
Mat Rock (2 kali champion sampai puncak 2009, 2010) - belagak siot mamat neh...hihihihi

Gunung Kinabalu 29/04 - 3/05/2011
29 April 2011 (Jumaat) 11.00 am : Kumpul di KFC (Level 1) LCCT KK
11.30 am : Bertolak ke Kinabalu Park
02.30 pm : Tiba Bayu Homestay (Check In)
03.00 pm : KK Park (Register)
04.00 pm : Free n easy

30 April 2011 (Sabtu) 07.30 am : Bertolak ke Mesilau Gate
08.00 am : Tiba Mesilau Gate
08.30 am : Mula Mendaki
04.00pm : Tiba Laban Rata
04.30pm : Check In Gunting Lagadan
05.00pm : Dinner kat Laban Rata
06.00pm : Balik ke hostel dan tido

1 Mei 2011 (Ahad) 12.00am : Early Supper at Laban Rata
01.00am : Start mendaki
06.00am : Tiba Low's Peak-Puncak Kinabalu
08.00am : Start turun ke Laban Rata
10.00am : Tiba Gunting Lagadan (Ch/Out)
10.30am : Breakfast at Laban Rata Rest
11.30am : Mula turun ke Timpohon Gate
04.00pm : Tiba di timpohon gate
05.00pm : Lunch at Balsam Restaurant
06.00pm : Bertolak ke bandar Kota Kinabalu
08.30pm : Tiba Borneo Backpackers

2 Mei 2011 (Isnin) 07.30am : Menuju ke Jesselton Point
08.00am : Pulau Manukan (SNORKELING kepada yg berminat)
12.30pm : Menuju ke bandar KK
01.30pm : Merayau di pasar Filipina
05.00pm till midnite : Free n easy (Karoksss la woiii...atau Disko kat Penampang town (cash n carry).....hehehe)

3 Mei 2011 (Selasa) 11.00am : Check Out Borneo Backpackers
02.00pm : Menuju LCCT Kota Kinabalu ( tengok waktu flight masing2 balik KL).....


Tinggal cuma 49 hari saja lagi untuk mendaki puncak Kinabalu...semoga aku sukses...