Monday, December 27, 2010

Fly and Explore Adventure Team


Salam kenal semua.

Aku kumpul kan segala kelebihan, kegembiraan dan pengetahuan aku untuk dikongsi bersama. Aku bukan lah seorang pengembara tegar, lansung bukan pengembara jalanan. Aku hanyalah seorang insan yang yakin suatu hari nanti aku juga akan melalui jalan-jalan yang dilalui oleh mereka. Aku yakin akan makan makanan yang mereka sekonyong-konyong menelan makan tetapi yang halal sahaja. Aku juga berharap berada di pesta-pesta dimana mereka bergumbira.

Untuk itu, segala-galanya harus dicurahkan. Semua harus dikorbankan. Aku nanti tidak lagi punya wang simpanan di bank semata mahu mengembara. Aku tidak lagi punya saki wang gaji lantas semalam membeli tiket pesawat. Hahahaha, aku disini bukan untuk di suka, bukan untuk di puja mahupun untuk di benci, semua terserah, Tidak ada paksaan disini. Kelmarin aku lagi meneliti jadual pengembaraan seseorang, aku lagi meneliti jadual aku sendiri. Aku kelmarin juga ligat mencari sumber-sumber wang. Hahaha, aku juga kelmarin tidak punya wang lagi. 

Lantas, mengembara pada aku bukan sesuatu yang akan atau bakal terjadi sahaja. Merancang perjalanan juga adalah mengembara. Setiap pengembara harus tahu itu, tahu asas merancang. Mengembara tanpa rancangan bukan lah sesuatu yang baik. Lantas dunia semakin penuh dengan manusia yang jahat, manusia yang suka mengambil kesempatan.