Monday, April 23, 2012

Cambodia - Hari Kelima [Phnom Penh - Malaysia]

Kami keluar jam 7.30 pagi terus menaiki tuk-tuk ke Tuol Sleng S21. Kami tawar menawar harga. Lelaki Tuk-tuk minta Kami bayar USD$3 tetapi Kami hanya mahu bayar sebanyak USD$2. Memang itulah harga untuk setiap perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain di Phnom Penh, itu pun sudah cukup mahal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kami dibawa melalui dicelah-celah kawasan perumahan dan kedai-kedai kecil. 


Kami tiba di bangunan S21 dan jika dilihat dari luar tidak ada apa-apa yang menarik perhatian selain kawat pagar berduri di tembok. Kami orang terawal yang masuk melawat hari ini. Kami bayar 2 dollar setiap seorang untuk tiket masuk. Kawasan dipenuhi dengan para pekerja yang sedang membuat kerja-kerja pembersihan. 


Kubur mangsa yang telah terkorban

Tanpa membuang masa Kami melihat-lihat sekitar bangunan pertama, yang ada hanyalah katil besi dan beberapa peralatan yang lain. Setiap bilik mempamerkan benda yang sama. Kami beralih ke bangunan yang kedua, waktu ini sudah mula pelawat lain masuk. Di bangunan yang kedua dipamerkan gambar-gambar mangsa kekejaman Tentera Pol-Pot. Bukan sahaja lelaki, wanita dan kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman. S21 dahulunya adalah sebuah sekolah rendah dan menengah yang telah dijadikan penjara dari tahun 1976 - 1978 oleh Pol-Pot. 

Blok pertama 

Pemandangan di blok pertama - hanya terdapat katil dan beberapa barang

Tolong Senyap. Hayati lah penderitaan dan kesakitan mereka.

Undang-undang yang tidak adil

Blok A

Pol-Pot dan Menteri-menteri yang kejam

Kanak-kanak turut menjadi mangsa penderaan dan pembunuhan

Berpuluh-puluh ribu tengkorak di jumpai di beberapa lubang kubur yang dikorek

Salah satu Tengkorak yang di pamerkan

Tengkorak disusun memenuhi peta Cambodia

Ibu ditangkap dan diheret manakala anaknya pula dihayun di pokok kelapa sehingga mati. Gambar ini dilukiskan oleh pelukis tempatan yang menyaksikan kejadian tersebut.


Tulang-tulang mangsa yang dikumpulkan

Diseksa secara kejam dan dibunuh

Sel-sel yang dibina

Mangsa-mangsa yang selamat

Pol-Pot yang kejam

Tuol Sleng Genocide Museum