Thursday, September 8, 2011

KL - Singapura - Hari 1

Trip ke Singapore dirancang dengan tiba-tiba. Aku yang baru balik dari Trip Gunung Kinabalu sudah kehabisan wang. Tetapi oleh kerana Stesen Tanjung Pagar akan ditutup dalam masa 1 bulan lagi aku nak harus  pergi juga. Aku pergi kali ini dengan Lily walaupun dia sudah banyak kali ke Singapura tetapi tidak dengan menaiki Keretapi. Aku beli tiket kapal terbang dan keretapi, Lily beli tiket USS, booking hotel dan cari info dari CS Singapore.

Kami pergi 18 June 2011, kurang 12 hari lagi sebelum stesen Tanjung Pagar tutup sepenuhnya. Pagi-pagi jam 6.30 kami bangun bersiap dan kemudian Haizal kawan serumah Lily hantar kami ke KL Sentral. Kami pekena McDonald dulu sebelum naik ke platform 1. Dalam 30 minit jugak la menunggu sebelum pengumuman, sempat jugak la Lily berborak dengan seorang pakcik yang naik keretapi sama dengan kami.



Perjalanan keretapi pada mulanya sangat lancar. Kami tiba di Tampin/Pulau Sebang jam 11.50 pagi. Perjalanan kami mula lambat disini. Keretapi rosak dan hanya mula berjalan kembali jam 1.00 petang. Plan kami mula nampak cantik sahaja kini mula sedikit demi sedikit lari dari jadual. Jam 1.18 petang tiba di Batang Melaka, 1.40 petang Gemas, 2.20 petang Batu Anam, 2.45 petang Segamat, 3.10petang Labis, 3.25 petang Bekok, 4.00 petang Kluang. Di Kluang berhenti lama, ini tempat kampung Lily tapi dia pulak tertidur. 



Dari Kluang keretapi mula pecut dengan terlalu laju. Kami duduk bangku paling hadapan ditambah pula dengan pintu automatic yang telah rosak mendedahkan kami kepada bunyi yang sangat bising serta badan kami terhoyong ke kiri dan kanan serta bergegar. Keretapi akhir nya kami sampai di JB Sentral jam 5.40 petang. Beberapa pegawai Imegresen naik dan memeriksa seorang ke seorang penumpang. Rasanya sebentar sahaja pemeriksaan di pihak Malaysia, hanya sepintas lalu. Jam 6.05 petang setelah selesai pemeriksaan, keretapi bergerak ke Singapore. Keretapi berhenti di Woodland jam 6.15 petang. Dekat sahaja sebenarnya jarak singapore dan JB, ibarat kalau Aku kentut baunya boleh sampai di seberang. 


Semua penumpang turun dan aku dah tahu serba sikit info pasal pemeriksaa imegresen & kastam daripada Azlan. Semua dikehendaki turun serta membawa semua beg masing-masing. Berebut-rebut nyonya-nyonya tua untuk ke kaunter. Pemeriksaan berjalan lancar dan  cepat. Kami dikehendaki menunggu beramai-ramai sebelum dibenarkan naik semula. Aku nampak 2 ekor anjing dan pekerja imegresen yang telah selesai memeriksa di dalam keretapi masuk melalui kawasan menunggu. Anjing hitam dan garang setinggi lutut amat besar dan menakutkan. 




Kami naik semula dan mula bergerak jam 6.45 petang. Keretapi bergerak perlahan-lahan dan kami tiba di Stesen Tanjung Pagar jam 7.30 petang. Di dalam kawasan stesen orang ramai datang melawat sambil makan malam. Kami ambil beberapa keping gambar dan kemudian masuk ke kawasan ruang dalam stesen. Cantik betul dekorasi dan hiasan yang terdapat disitu. Stesen yang mula dibina pada tahun 1932 dan terdapat sebuah kedai buku dan 'money changer' yang dibuka pada tahun yang sama.











 


Setelah mengambil gambar sebelah dalam, kami makan rojak. Sedap betul rojak dan kebetulan perut memang lapar, kami kongsi sepingan sahaja. Dari pagi hanya makan di McDonal dan nasi lemak RM6 di dalam keretapi. Selesai makan kami keluar bahagian hadapan bangunan dan aku ambil lagi beberapa keping gambar. 
  



Kami buntu seketika arah mana yang harus dituju. Kami tanya pakcik yang menjaga parking disitu dan dia kata tunggu sahaja di tepi jalan dan tahan sahaja teksi. Tapi kami lihat kereta semua dipandu laju dan jika kami menahan teksi kemungkinan akan berlaku kelam kabut. Kami tunggu beberapa minit disitu, dan kemudian kami nampak teksi berlegar-legar di bahagian parking. Bila kami kesana teksi sudah ada penumpang. Kami kemudian ditegur seorang pakcik yang membawa van pelancong. Dia sebelum ini sudah ada penumpang arab tetapi mereka mungkin tidak setuju dengan harga yang ditawarkan. Setelah bersetuju kami naik van pakcik dengan bayaran SGD$10. Pada mulanya dia mintak kami $15, tetapi Lily tawarkan kepada $10. Kami naik dan bersembang-sembang dengan rancak sehingga lah pakcik shuib mula mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang mencari calon isteri baru. Kami hilang selera dan kebetulan kawasan yang dituju sudah semakin hampir. Sebelum turun kami sempat bertanyakan tempat makan yang halal. 


Lily sudah menempah bilik 'hostel' di Tree in Lodge di Tan Quee Lan Street berdekatan Bugis Junction. Aku yang pertama kali bermalam di tempat yang sebegini sangat teruja. Hostel di tingkat 2 dan bila kami masuk kedalam suasana nya sangat menyeronokkan. Kami bayar untuk 2 malam $58 dan deposit sebanyak $5. Paling murah hotel yang kami boleh dapat pada masa ini ialah $80 keatas, hmmm memang jimat. Tapi rasanya bukan semua 'hostel' mengasingkan lelaki dan perempuan. Kami diberi 'rules', sarung bantal serta cadar berwarna merah dan kunci. Kunci adalah untuk kad pintu masuk, kunci pintu bilik air dan kunci bilik. 


Kami masuk bilik yang pertama, dan didalam bilik sudah ada 4 orang. Katil dua tingkat susun rapat-rapat dan lampu hanya lah di katil masing-masing. Pengunaan elektrik akan dihentikan selama beberapa jam diwaktu siang. Kami dapat katil di hujung bersebelahan tingkap. Aku di bawah dan Lily tingkat atas. Aku rasa berbunga-bunga dan sangat teruja. Kami mandi dan berehat sekejap dan kemudian keluar untuk makan. 


Kami makan di kedai orang cina halal dan dipenuhi orang melayu singapura di Liang Seah Street. Menurut Pakcik Shuib, kalau kedai di Singapura yang mendapat status halal memang betul-betul boleh dipercayai. Hmm, bukan macam Malaysia ni Pakcik Shuib ooii....daging babi salai pun ada yang halal. Suasana kedai makan memang kurang menarik. Apabila kami masuk uncle di kedai menyatakan atas meja di atas. Kami ambil keputusan untuk makan diatas kerana cuaca diluar panas dan banyak kereta lalu lalang disitu. Di atas lagi ramai orang Melayu Singapura, macam-macam jenis dan fesyen, bertatu pun ada. Uncle yang menghantar makanan pun berseluar pendek dan Untie yang menghantar air minuman selamba menjengkau di depan muka kami.... Hmm, kurang kebersihan. Kami makan makanan yang kurang berat dan rasanya perut aku pun kurang penuh.


Selesai makan kami berjalan-jalan melihat sekeliling, tujuan kami ke Marina Bay dan sekitarnya. Kami naik jejantas dan kebetulan berada di Suntec City Mall di mana aku mencari kedai 'The North Face'. Bila kami masuk kedalam kebanyakan kedai sudah mulai tutup. Jualan murah disana-sini dan memang kami tidak akan membeli apa-apa disini. Kami keluar dari kompleks dan terus berjalan melalui Rafles Boulevard. Kami berhenti di tepi MRT Esplanade untuk mencari arah. Kami nampak bangunan durian tetapi kami tidak tahu bagaimana kesana. Kami ambil keputusan untuk mencari Marina Bay dan kami terus berjalan ke arah City Hall. Kami berjalan melalui Stamford Road sehingga ke hujung Fort Canning Tunnel dan masih tidak nampak jalan ke Marina Bay.


Kami kemudian melalui Singapore Management University dan kemudian nampak Muzium Nasional Singapura. Kami terkejut seketika bilamana patung-patung disitu kami ingatkan  orang. Kawasan disitu sunyi dan hanya ada beberapa orang berjalan kaki. Kenderaan pun sudah berkurangan kerana jam sudah hampir 12 malam. Aku mengambil beberapa keping gambar kami bergerak lagi kehadapan sehingga di Bangunan YMCA di Orchard Road. Kami mengambil keputusan untuk balik ke Hostel melalui jalan yang sama kami lalui tadi. Kami kemudian melalui Beach Road, melalui Hotel Raffles yang sangat cantik. Kami tiba di Hostel dan kebanyakan yang lain sudah tidur. 





Pertama kali tidur di Hostel di kelilingi orang yang tidak dikenali membuatkan aku tak lena serta asyik terjaga bila ada lampu yang dibuka dan suara-suara mereka berbisik. Tapi katil dan bilik yang baru 2 bulan digunakan terlalu empuk. Memang menarik duduk di Hostel, Kalau disetiap negara yang aku lawati punya Hostel yang mengasingkan lelaki dan perempuan pasti aku akan tinggal disitu.