Wednesday, February 2, 2011

Halal @ Saigon

Sewaktu Aku berkunjung ke Bandaraya Ho Chi Minh, Aku hanya makan di kedai makan pada malam ke tiga. Aku dan Mar membawa beberapa bekalan seperti Roti, Bun, Serunding, Sambal Ikan Bilis, Gula-gula, Coklat Bar, Minuman 3in1, Waffle dan Maggie in mug. Kami habiskan masa siang dengan berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik dan hanya makan makanan yang dibawa dan hanya membeli beberapa jenis minuman sahaja. Pada asalnya Aku fikir untuk membawa nasi impit yang dimasak siap. Tetapi bila difikirkan, Aku boleh membeli nasi putih dimana-mana kedai makan bukan Halal kerana nasi dimasak hanya menggunakan air putih.


Menu - Hanya mencuba makanan Vietnam sahaja dan tidak berminat untuk makan makanan Malaysia di Vietnam.


Salah sebuah Kedai Makanan Halal di Vietnam. Terletak berdekatan Pasar Benh Tanh.


Ini lah menu setiap malam selama 3 malam "Pho"

Sebelum kesana Aku telah mencari info-info mengenai kedai Makan Halal. Terdapat beberapa buah kedai makan halal berselerak sekitar Bandaraya Ho Chi Minh. Setiap kali saya melancong pasti Aku akan membawa bekalan yang mencukupi tetapi tidak lebih atau membazir. Pilihan lain, kita boleh juga makan buah-buahan.


Halal@Saigon
1. VN Halal, District 1
2. Restoran 4 Musim/Bon Mua/Kedai Makan Melayu, Thi Sach Street, District 1
3. D'Anjung Cafe, Food Court Parkson Dong Khoi
4. Kedai Shamsudin
5. Kedai Sulaiman
6. Kawasan Masjid India Muslim/Central Mosque [berdekatan Sheraton Hotel]
7. Saigon Halal
dan lain-lain lagi


Masjid@Saigon District 1
1. Ar-Rahim, 45 Nam Ky Khoi Nghia
2. Musulman/Central Mosque, 66 Dong Du [berdekatan Sheraton Hotel ]
3. Jamiul Islamiah (Nancy Mosque) 459B Tran hung Dao [berdekatan balai polis]


Go Fly & Explore...The World Just Awesome!!