Tuesday, October 4, 2011

Cambodia - Hari Pertama [Malaysia - Cambodia]

Tiket ke Cambodia Kami telah beli 8 bulan sebelum. Masa beli cuma Aku dengan Mini sahaja dan dalam menunggu kami cuba ajak kawan-kawan lain yang berminat. Tapi tiada yang berminat kerana harga tiket mahal daripada harga Kami dan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dahulu. Dan bila masanya sudah tiba memang cuma Kami berdua sahaja yang pergi. Pergi berdua tidak menjadi masalah langsung kepada Kami, malah lagi senang kerana tidak banyak karenah nanti, cumanya asyik tengok muka satu sama lain sahaja la nanti.


21 September, Aku keluar dari pejabat jam 3.30 petang untuk menaiki bus ke KL pada jam 4 petang. Tiba di Puduraya jam 8.30 malam, aku terus ke 4-7-3 [rumah Mini] dulu untuk tumpang berehat, mandi dan berbuka puasa. Kami keluar jam 11.30 malam untuk train LRT yang terakhir dan duduk melepak di McDonald KL Sentral sehingga jam 3.30 pagi. Masa menunggu Kami menjadi lebih pendek apabila seorang teman datang menemani Kami dan membunuh masa menunggu Kami dengan bersembang. Jam 3.20 Kami bergerak ke luar kawasan ERL sebelah MAS untuk mengambil bus ke LCCT. Biasanya bus hanya ada di kawasan dibawah arah Monorail, tetapi pada waktu malam dan subuh dipindah kan kebahagian atas bagi menjaga keselamatan penumpang disebabkan keadaan yang gelap dan berdebu akibat pembinaan yang sedang dilakukan di sebelah kawasan tersebut. Kami sambung melepak lagi di LCCT, makan sambil menunggu waktu untuk berlepas. Penerbangan jam 7.05 pagi di percepatkan ke 6.45 pagi. 


Sarapan pagi jam 5 - Nasi Lemak

Terjumpa pula senior masa sekolah dulu

Tiada bangku jadi merapik la di atas lantai, macam tak biasa kate

Jam berapa lah agaknya penerbangan mamat ni...lama betul dia tidur

Pintu T7 meninggalkan banyak kenangan

Pintu T10

Destinasi ditujui

Borang masuk

Permandangan dari udara

Akibat masalah yang tidak dapat dielakan penerbangan Kami ditunda ke petang pula. Kami terpaksa menunggu sehingga petang untuk penerbangan pada jam 3 petang. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh 2 jam kemudian. Proses di kaunter masuk sangat mudah dan cepat. Kami juga tidak mengambil masa yang lama kerana Kami cuma membawa beg galas sahaja. Kami terus ke bahagian luar dan disapa oleh lelaki pemandu tut-tut. Kami angkat tangan tanda tidak mahu dan terus keluar. Lelaki itu tidak putus asa dan terus bercakap dalam bahasa melayu. Kami terkejut sekejap, dan terus la Kami bersetuju untuk naik tut-tut beliau. Kami ambil beberapa keping gambar sebelum naik tut-tut untuk ke Bandar. Rupanya lelaki tadi bukan la pemandu tut-tut tersebut, cuma mungkin dia tuan punya atau tukang cari pelanggan.



Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh

Tut-tut dengan lancar membawa Kami ke Bandar. Keadaan jalan raya agak kelam kabut dan kucar kacir, mungkin orang-orang disana baru keluar dari pejabat. Debu dan habuk berterbangan dan sekali sekala bau busuk menusuk hidung. Kenderaan dan manusia datang dari semua arah menentang arus, membujur lalu dan melintang patah. Lucu betul keadaan trafik di Cambodia, menarik untuk di lihat. Kalau di Malaysia sudah lama eksiden besar-besaran.

Kelam Kabut dan berdebu.......tetapi menarik betul

Di Malaysia hanya dijumpai di Kampung-kampung sahaja, naik begini di Kuala Lumpur alamatnya nanti cium jalanraya lah anda

Tut-tut berhenti betul-betul depan pintu Hotel. Kami turun dan bayar tambang tapi pemandu minta diberikan tips pada dia. Katanya tambang tadi untuk syarikat. Mula-mula malas nak dengar, Mini hulur 1 dollar pada dia. Senyum terukir sambil mengucap kan terima kasih. Ala...RM3 aje kan...tapi perbuatan memberi tips bukan lah menjadi amalan di kalangan "travel junkie" seperti Kami. Semua harus di bajet dan belanja berpada-pada. Tapi akhirnya perempuan tetap perempuan, waktu soping confirm tak ingat dunia...tengoklah nanti...


Asia Hotel + KFC

Kami booking Asia hotel melalui Agoda.com untuk tarikh 24 dan 25 September sahaja. Oleh kerana jadual sudah bertukar Kami terpaksa mengubah terus kesemuanya. Kami sudah bajet dari awal lagi untuk membayar harga bilik hotel tambahan lagi 2 hari. Kami berbincang dahulu dengan kaunter tentang masalah Kami dan ternyata ia tidak mendatang kan sebarang masalah kepada mereka untuk Kami "check-in" awal dari tarikh kerana Kami sudah bayar harga hotel. Proses "Check-in" juga semudah 1, 2, 3 dan selesai. Kami tunjuk baucer Agoda dan setelah mengambil copy pasport Kami terus diberi kunci. 


Bilik yang diberi berada di tingkat 5 dan berdepan dengan rumah penduduk yang sangat unik. Ia merupakan rumah kedai dan kalau dilihat secara kasar ianya seolah-olah rumah flat. Pelbagai ragam penghuni nya Kami lihat dari jauh. Oleh kerana kepenatan setelah tidak tidur sehari Kami melepak sahaja dibilik. Kemudian muncul idea untuk mengurut badan yang penat. Urutan ala Khmer seluruh badan berharga 6 dollar untuk 1 jam. Berbaloi-baloi....


Pemandangan rumah penduduk tempatan dari bilik hotel

Kami diminta tunggu 15 minit sebelum dua perempuan separuh abad datang mengetuk pintu bilik. Kami tersenyum lebar dan tanpa berlengah mereka memulakan kerja mereka. Paling bagus mereka lansung tidak mengunakan sebarang losyen atau minyak untuk mengurut. Sejam berlalu Kami berasa puas hati, sakit-sakit badan pun berkurangan. Kami bayar harga berserta tips 1 dollar setiap seorang, tersenyum lebar mereka berdua. Kami terus-terusan berehat dibilik sambil makan dan menonton televisyen.


Cerita remaja Malaysia yang berumur 13 tahun mempunyai seorang anak luar nikah berusia beberapa bulan dan kekasih berusia 19 tahun yang baru bekerja bakal berkahwin demi kelansungan hidup anak kecil yang tidak berdosa. Kenapa cerita ini tidak dapat ditonton di Malaysia. Kenapa perlu keluar negara dan menonton cerita yang tidak menarik sebegini.... Malaysia Boleh!!

Perjalanan hari pertama dengan pelbagai karenah yang Kami lalui hari ini betul-betul menguji kesabaran kami. Kami akur dengan ketetapan Ilahi, tetapi yang baik daripada ALLAH jua dan yang buruk itu dari diri Kami sendiri. Semua yang Kami lalui akan Kami jadikan pengajaran yang berguna dalam hidup Kami sebagai "Travel Junkie" di bumi ALLAH yang maha luas ini.

Thursday, September 8, 2011

KL - Singapura - Hari 1

Trip ke Singapore dirancang dengan tiba-tiba. Aku yang baru balik dari Trip Gunung Kinabalu sudah kehabisan wang. Tetapi oleh kerana Stesen Tanjung Pagar akan ditutup dalam masa 1 bulan lagi aku nak harus  pergi juga. Aku pergi kali ini dengan Lily walaupun dia sudah banyak kali ke Singapura tetapi tidak dengan menaiki Keretapi. Aku beli tiket kapal terbang dan keretapi, Lily beli tiket USS, booking hotel dan cari info dari CS Singapore.

Kami pergi 18 June 2011, kurang 12 hari lagi sebelum stesen Tanjung Pagar tutup sepenuhnya. Pagi-pagi jam 6.30 kami bangun bersiap dan kemudian Haizal kawan serumah Lily hantar kami ke KL Sentral. Kami pekena McDonald dulu sebelum naik ke platform 1. Dalam 30 minit jugak la menunggu sebelum pengumuman, sempat jugak la Lily berborak dengan seorang pakcik yang naik keretapi sama dengan kami.



Perjalanan keretapi pada mulanya sangat lancar. Kami tiba di Tampin/Pulau Sebang jam 11.50 pagi. Perjalanan kami mula lambat disini. Keretapi rosak dan hanya mula berjalan kembali jam 1.00 petang. Plan kami mula nampak cantik sahaja kini mula sedikit demi sedikit lari dari jadual. Jam 1.18 petang tiba di Batang Melaka, 1.40 petang Gemas, 2.20 petang Batu Anam, 2.45 petang Segamat, 3.10petang Labis, 3.25 petang Bekok, 4.00 petang Kluang. Di Kluang berhenti lama, ini tempat kampung Lily tapi dia pulak tertidur. 



Dari Kluang keretapi mula pecut dengan terlalu laju. Kami duduk bangku paling hadapan ditambah pula dengan pintu automatic yang telah rosak mendedahkan kami kepada bunyi yang sangat bising serta badan kami terhoyong ke kiri dan kanan serta bergegar. Keretapi akhir nya kami sampai di JB Sentral jam 5.40 petang. Beberapa pegawai Imegresen naik dan memeriksa seorang ke seorang penumpang. Rasanya sebentar sahaja pemeriksaan di pihak Malaysia, hanya sepintas lalu. Jam 6.05 petang setelah selesai pemeriksaan, keretapi bergerak ke Singapore. Keretapi berhenti di Woodland jam 6.15 petang. Dekat sahaja sebenarnya jarak singapore dan JB, ibarat kalau Aku kentut baunya boleh sampai di seberang. 


Semua penumpang turun dan aku dah tahu serba sikit info pasal pemeriksaa imegresen & kastam daripada Azlan. Semua dikehendaki turun serta membawa semua beg masing-masing. Berebut-rebut nyonya-nyonya tua untuk ke kaunter. Pemeriksaan berjalan lancar dan  cepat. Kami dikehendaki menunggu beramai-ramai sebelum dibenarkan naik semula. Aku nampak 2 ekor anjing dan pekerja imegresen yang telah selesai memeriksa di dalam keretapi masuk melalui kawasan menunggu. Anjing hitam dan garang setinggi lutut amat besar dan menakutkan. 




Kami naik semula dan mula bergerak jam 6.45 petang. Keretapi bergerak perlahan-lahan dan kami tiba di Stesen Tanjung Pagar jam 7.30 petang. Di dalam kawasan stesen orang ramai datang melawat sambil makan malam. Kami ambil beberapa keping gambar dan kemudian masuk ke kawasan ruang dalam stesen. Cantik betul dekorasi dan hiasan yang terdapat disitu. Stesen yang mula dibina pada tahun 1932 dan terdapat sebuah kedai buku dan 'money changer' yang dibuka pada tahun yang sama.











 


Setelah mengambil gambar sebelah dalam, kami makan rojak. Sedap betul rojak dan kebetulan perut memang lapar, kami kongsi sepingan sahaja. Dari pagi hanya makan di McDonal dan nasi lemak RM6 di dalam keretapi. Selesai makan kami keluar bahagian hadapan bangunan dan aku ambil lagi beberapa keping gambar. 
  



Kami buntu seketika arah mana yang harus dituju. Kami tanya pakcik yang menjaga parking disitu dan dia kata tunggu sahaja di tepi jalan dan tahan sahaja teksi. Tapi kami lihat kereta semua dipandu laju dan jika kami menahan teksi kemungkinan akan berlaku kelam kabut. Kami tunggu beberapa minit disitu, dan kemudian kami nampak teksi berlegar-legar di bahagian parking. Bila kami kesana teksi sudah ada penumpang. Kami kemudian ditegur seorang pakcik yang membawa van pelancong. Dia sebelum ini sudah ada penumpang arab tetapi mereka mungkin tidak setuju dengan harga yang ditawarkan. Setelah bersetuju kami naik van pakcik dengan bayaran SGD$10. Pada mulanya dia mintak kami $15, tetapi Lily tawarkan kepada $10. Kami naik dan bersembang-sembang dengan rancak sehingga lah pakcik shuib mula mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang mencari calon isteri baru. Kami hilang selera dan kebetulan kawasan yang dituju sudah semakin hampir. Sebelum turun kami sempat bertanyakan tempat makan yang halal. 


Lily sudah menempah bilik 'hostel' di Tree in Lodge di Tan Quee Lan Street berdekatan Bugis Junction. Aku yang pertama kali bermalam di tempat yang sebegini sangat teruja. Hostel di tingkat 2 dan bila kami masuk kedalam suasana nya sangat menyeronokkan. Kami bayar untuk 2 malam $58 dan deposit sebanyak $5. Paling murah hotel yang kami boleh dapat pada masa ini ialah $80 keatas, hmmm memang jimat. Tapi rasanya bukan semua 'hostel' mengasingkan lelaki dan perempuan. Kami diberi 'rules', sarung bantal serta cadar berwarna merah dan kunci. Kunci adalah untuk kad pintu masuk, kunci pintu bilik air dan kunci bilik. 


Kami masuk bilik yang pertama, dan didalam bilik sudah ada 4 orang. Katil dua tingkat susun rapat-rapat dan lampu hanya lah di katil masing-masing. Pengunaan elektrik akan dihentikan selama beberapa jam diwaktu siang. Kami dapat katil di hujung bersebelahan tingkap. Aku di bawah dan Lily tingkat atas. Aku rasa berbunga-bunga dan sangat teruja. Kami mandi dan berehat sekejap dan kemudian keluar untuk makan. 


Kami makan di kedai orang cina halal dan dipenuhi orang melayu singapura di Liang Seah Street. Menurut Pakcik Shuib, kalau kedai di Singapura yang mendapat status halal memang betul-betul boleh dipercayai. Hmm, bukan macam Malaysia ni Pakcik Shuib ooii....daging babi salai pun ada yang halal. Suasana kedai makan memang kurang menarik. Apabila kami masuk uncle di kedai menyatakan atas meja di atas. Kami ambil keputusan untuk makan diatas kerana cuaca diluar panas dan banyak kereta lalu lalang disitu. Di atas lagi ramai orang Melayu Singapura, macam-macam jenis dan fesyen, bertatu pun ada. Uncle yang menghantar makanan pun berseluar pendek dan Untie yang menghantar air minuman selamba menjengkau di depan muka kami.... Hmm, kurang kebersihan. Kami makan makanan yang kurang berat dan rasanya perut aku pun kurang penuh.


Selesai makan kami berjalan-jalan melihat sekeliling, tujuan kami ke Marina Bay dan sekitarnya. Kami naik jejantas dan kebetulan berada di Suntec City Mall di mana aku mencari kedai 'The North Face'. Bila kami masuk kedalam kebanyakan kedai sudah mulai tutup. Jualan murah disana-sini dan memang kami tidak akan membeli apa-apa disini. Kami keluar dari kompleks dan terus berjalan melalui Rafles Boulevard. Kami berhenti di tepi MRT Esplanade untuk mencari arah. Kami nampak bangunan durian tetapi kami tidak tahu bagaimana kesana. Kami ambil keputusan untuk mencari Marina Bay dan kami terus berjalan ke arah City Hall. Kami berjalan melalui Stamford Road sehingga ke hujung Fort Canning Tunnel dan masih tidak nampak jalan ke Marina Bay.


Kami kemudian melalui Singapore Management University dan kemudian nampak Muzium Nasional Singapura. Kami terkejut seketika bilamana patung-patung disitu kami ingatkan  orang. Kawasan disitu sunyi dan hanya ada beberapa orang berjalan kaki. Kenderaan pun sudah berkurangan kerana jam sudah hampir 12 malam. Aku mengambil beberapa keping gambar kami bergerak lagi kehadapan sehingga di Bangunan YMCA di Orchard Road. Kami mengambil keputusan untuk balik ke Hostel melalui jalan yang sama kami lalui tadi. Kami kemudian melalui Beach Road, melalui Hotel Raffles yang sangat cantik. Kami tiba di Hostel dan kebanyakan yang lain sudah tidur. 





Pertama kali tidur di Hostel di kelilingi orang yang tidak dikenali membuatkan aku tak lena serta asyik terjaga bila ada lampu yang dibuka dan suara-suara mereka berbisik. Tapi katil dan bilik yang baru 2 bulan digunakan terlalu empuk. Memang menarik duduk di Hostel, Kalau disetiap negara yang aku lawati punya Hostel yang mengasingkan lelaki dan perempuan pasti aku akan tinggal disitu.

Friday, August 12, 2011

Bandaraya HCM - Hari Terakhir

Malam tadi kami berkemas semua barang-barang. Masa datang aku 1 beg 35lt aje. Tapi bila balik beg sudah jadi 3. Aku pun satu hal jugak, aku bawak sling beg 2, beg sandang 2, beg kamera 1. Dah jadi berapa beg dah tuh. Nasib baik yang lain-lain tu memang boleh dilipat-lipat. Nak bergaya la katakan. Mar macam biasa, beg tarik dia memang dah cukup besar untuk barang-barang dia. Barang yang aku beli nie semua bukan untuk aku pun, untuk adik beradik yang dok menjadi pesanan penaja tiap kali aku berjalan. Untuk aku?? T'shirt Hard Rock sehelai, kemeja 2 helai, fridge magnet 1 dan beg Crumpler ciplak tuh.

Crumpler made in Vietnam - tipu punyer...

Aku beli kain 12 pasang, 5 helai telekung pesan dari kawan, tshirt untuk anak sedara 10 helai, tshirt untuk yang lelaki 6 helai, baju untuk bapakku, makanan untuk umie aku, fridge magnet berlambak-lambak dan pelbagai lagi barang-barang. 15kg ngam-ngam ho je untuk beg aku. 

Pagi lepas sarapan kami bungkus semua bekalan makanan yang masih tak habis. Coklat, bun, minuman 2in1, serunding, ikan bilis, roti, meggi. Kami bungkus dalam 2 bekas. Kami ke Pasar Benh Tanh untuk 'Last Minute Shoping'. Kami bagi lebihan makanan kepada kakak yang mintak sedekah. Kami pegi ke kedai menjual pelbagai baju siap. Ada baju kurung, tudung, telekong, jubah berkelipan dan banyak lagi. Semua cantik-cantik cuma duit kami sahaja yang tak cantik. Manik-manik jahitan tangan menambahkan lagi cantiknya baju-baju.   Kami ingat ianya kedai orang Muslim, rupanya bukan. Pekerja disitu pakai seluar pendek sahaja pun. Kami keluar dan membeli di Pasar Benh Tanh.

Jam 2 petang kami naik teksi untuk ke Airport, perjalanan ambil masa 30 minit lebih kurang. Penerbangan kami jam 4.10 petang nanti. Airport sangat lengang dan kosong, tak ramai orang pun. Kami masuk dan pusing dari hujung ke hujung. Tiba satu sudut kami nampak orang buat drama. Kami berhenti tengok dari jauh sahaja. Kemudian lalu 3 orang keluarga orang putih suami, isteri dan anak. Si suami mungkin tak puas hati tengok dari jauh bergerak betul-betul dihadapan dinding kaca. Tanpa dia sedar di tersepak wayar supply power untuk kamera dan pelbagai alat-alat yang sedang digunakan. Hmm...semua mata memandang tepat pada dia, dia baru perasan nak memohon maaf sambil muka cuak dan tidak lama kemudian bergerak dari situ. Mana tidak semua orang marah, orang tengah feeling baik punya, berpeluk-peluk dan adegan dah nak siap tiba-tiba berhenti. Huhuhu, kesian sungguh.


Semua orang terdiam dan pandang mat saleh tuh

Power supply plug rosak dan tercabut dari tempatnya

Kena mula berlakon dari awal balik.....huhuhu

Tan Son Nhat Airport

Beg aku yang warna kuning, pastu beg sandang adidas dan beg camera crumpler.


Kami pergi Sabtu 27 Feb 2010 dan kami balik Khamis 04 Mar 2010. Sangat seronok.


Perbelanjaan aku


Tiket
RM 150.00
termasuk Luggage 15kg, Hot Dog x2
Hotel
RM 150.00
USD$10 x 5 malam
Pakej
RM 100.00
Tiket masuk, Chu chi Tunnel, Mekong River Cruise
Transport
RM 100.00
Bus Taiping-KL-Taiping, Skybus, Teksi dan bus di HCMC
Makan
RM 100.00
3 x makan malam, makanan yang dibawa dari malaysia

RM 600.00




  1. Cuc Ty tu kedai kain dalam Pasar Benh Tanh tu, kalau nak beli cari Tina dan bagitau ada orang rekemen dan kelentong cerite sikit, mesti dia bagi cantik harga sikit.
  2. Marie Jamilah - Pembuat telekong yang cantik. Tapi bisness di rumah sahaja. Jadi kalau nak beli banyak-banyak pegi la naik teksi, corak dia cantik-cantik.
  3. Hotel Hai-nam dengan Saigon Pink 2 tu memang ok.



VOA Form - Imegresen dia tak kutip pun separuh, tak tau la kenapa

Cari The Sinh Tourist yang ini, yang lain tu semua meniru nama yang sama dan yang ini terbaik. Macam-macam pakej disediakan dan kalau nak ke Cambodia pun ada, tinggal sediakan duit aje.

Tiket Bus - Merah dari airport, biru dalam bandar. Harga T'shirt Hard Rock Cafe, RM100 lebih harga dia. Rasanya tempat lain bawah RM90 je...mahal sikit.

Tiket masuk Reunification Palace

Thursday, August 11, 2011

Bandaraya HCM - Hari ke 5

Kami mula agak lewat sedikit pada hari ke 5. Selesai bersarapan roti tabur serunding dan ikan bilis, milo dan meggi kami mulakan langkah melalui jalan di belakang Pasar Benh Tanh. Kami melalui rumah kedai yang menjual kain pasang yang kami beli kelmarin-kelmarin. Hanya mengambil 15-20 minit jarak dari hotel ke Reunification Palace kerana kami terpaksa menunggu lampu trafik bagi melintas jalan. Dengan bayaran sebanyak 15,000 Dong [RM5] kami masuk melalui pintu utama. Kami melawat kawasan sekitar di bahagian luar bangunan dahulu.


1. War Museum
2. Reunification Palace
3. Notre Dame Cathedral
4. Central Post Office
5. Hard Rock Cafe
6.  Hotel Continental Saigon
7. Opera House
8. Saigon Central Mosque
9. Museum
10. Shopping Complex Area
11. City Hall
12. Museum HCM

Kemudiannya kami masuk kedalam, kami tidak dibenarkan menggunakan pintu utama kerana ada acara Kerajaan sedang berlangsung. Kemeraman dan wartawan sibuk membuat liputan. Kami tidak tahu acara apa yang sedang berlansung, baca di banner pun masih tidak faham kerana ditulis dalam bahasa Vietnam...huhuuhu.

Reunification Palace

Ada beberapa tingkat di bangunan ini, tingkat yang dibenarkan pada hari ini ialah tingkat 1 keatas. Kami masuk mengikut pintu sebelah kiri, terus keatas melalui tangga kecil. Ramai betul orang yang datang melawat. Di tingkat satu terletak bilik-bilik president , bilik lain kegunaan president dan sebagainya. Di tingkat dua pula terdapat perpustakaan dan masih bilik-bilik kegunaan yang lain. Kami naik ke tingkat atas sekali melalui tangga kecil. Tingkat atas adalah bahagian bumbung bangunan dan dibina dinding di separuh bahagian dan terdapat sebuah helikopter di letakkan yang mempunyai nilai sejarahnya.

Reunification Palace, 135 Nam Ky Khoi Ngia, District 1. The Reunification Palace adalah sebuah contoh Soviet architecture. Ada sebuah terowong di bahagian bawah bangunan dan terdapat sistem telekomunikasi yang terbaik. 


pintu masuk

Helikopter yang telah menyelamatkan presiden dalam satu operasi


Operasi menyelamat dilakukan disini

Kami kemudian menuju ke kawasan hadapan Reunification Palace melalui taman yang menghijau di tengah-tengah kawasan yang sibuk. Tidak sampai 5 minit, kami tiba dibahagian tepi bangunan gereja lama. Kami singgah sebentar di bahagian hadapan dan terdapat taman bunga yang kecil dan ditanam bunga-bunga. Gereja yang terletak di Jalan Dong Khoi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Besar.


Notre Dame Cathedral 

Pemandangan hadapan Notre Dame Cathedral 

Kami terus masuk ke Pejabat Pos,  cantik betul hasil architecture yang dibina pada awal kurun ke 19 mengunakan ciri-ciri bangunan eropah. Kami berehat sebentar sambil mencuci mata melihat gambar-gambar yang digantung di dinding bangunan. Banyak kaunter yang kosong dan pelbagai jualan di kawasan tengah-tengah. Aku lupa pulak nak pos poskad, memang tak ingat lansung. Kami kemudian terus ke bahagian hadapan atas dan terdapat sebuah kedai cenderamata dan kami borong t'shirt disitu. Pejabat Pos Besar terletak di 2 Cong Xa Paris, District 1.


Pejabat Pos Besar, bersebelahan 

Kaunter pos

Pelakon popular sedang berlakon adegan di Pejabat Pos

Kami kemudian terus berjalan lagi, beli beberapa botol air mineral sejuk, bertanyakan arah lokasi bangunan seterusnya dan kami terus berjalan di kaki lima Jalan Dong Khoi. Banyak bangunan dan kedai-kedai lama di sepanjang kiri dan kanan jalan. Kami singgah sebentar di Parkson Dong Khoi dan terus masuk untuk melihat-lihat barang serta naik ke tingkat atas mencari kedai makan halal kakak Amy yang kami jumpa di dalam kapal terbang kelmarin-kelmarin. Hmm...gerai nya terletak di bahagian tengah dan kami menjenguk dari kejauhan sebab kami tidak lapar. Harga barang-barang di Parkson lebih kurang atau sama sahaja di Malaysia. Kami keluar dan terus berjalan lagi sehingga sampai ke Continential Hotel. Ianya juga bangunan lama yang sangat cantik dan berseni. Kami lihat dari luar sahaja, ianya hotel 5 bintang.

Hotel Continental Saigon - betul-betul bangunan lama dan cantik

Betul-betul berdepan dengan Hotel Continental adalah Rumah Opera, kami melihat sekitar dan rasanya tidak dibuka waktu itu. Kami mengambil beberapa keping gambar sebelum bergerak ke sebuah lagi taman bunga yang kebetulan hari itu terdapat pameran bunga-bunga. Jamu mata lagi kami, pelbagai jenis bunga. Di sekitar kawasan ini terdapat banyak kedai-kedai dan kompleks membeli belah yang mahal-mahal. Sebut sahaja apa jenama yang anda mahu, terhidang didepan mata. 

Opera House - bersebelahan Hotel Continental dan dihadapannya kedai LV

Kami masuk ke salah sebuah kompleks membeli belah melalui kaki lima kedai berjenama LV. Aku mencari Hard Rock Cafe, yang kebetulan kumpulan cina yang kami jumpa masa malam pertama dulu memberitahu ianya terletak di kawasan ini. Pusing punya pusing lansung tak nampak, bertanya orang sekitar tetapi tiada siapa yang fasih dan tiada siapa yang tahu apa itu Hard Rock Cafe. Kami masuk sebentar bertanya arah dan akhirnya diberitahu ianya terletak di belakang Pejabat Pos Besar...apa????? hmm, kami keluar dan ambil jalan melalui Taman kecil, Monumen dan City Hall terus ke Jalan Dong Khoi, melalui Parkson dan tidak meneruskan melalui Jalan Dong Khoi. Akhirnya kami tiba di Hard Rock Cafe, ianya terletak di bangunan kompleks membeli belah yang masih baru dibuka. Setelah habis membeli, kami ambil teksi untuk balik ke Hotel. 

City Hall - Di depan nya ada sebuah taman mini dan terdapat sebuah monumen

Kami letak barang di bilik, makan sedikit makanan dan terus menuju ke stesen bus berhadapan Pasar Benh Tanh. Kami ambil bus untuk ke China Town atau Binhtay Market. Tambang beberapa sen dan arah kami Binhtay Market. Agak jauh juga dan kami asyik memberi isyarat kepada konduktor tiket adakah kami sudah sampai ke destinasi kami?? Konduktor tiket membalas isyarat dengan mengelengkan kepala. Orang naik turun bersilih ganti dan kami melihat ramai juga masyarakat Islam Veitnam di dalam bus. Akhirnya bus tiba di stesen bus dan konduktor tiket bersuara "Binhtay Market". Err??? kami turun dan bertanyakan arah dan akhirnya kami nampak Pasar Binhtay, cuma sejauh mata memandang. 

Kami masuk kedalam, ramai betul umat manusia disini. Terdapat 2 tingkat disini, tingkat paling bawah sebelah kanan menjual pelbagai kain pasang yang masih belum dipotong. Sebelah kiri menjual pelbagai barang-barang seperti kasut, beg dan lain-lain lagi. Dibahagian belakang pasar terdapat sebuah tokong cina. Tingkat atas pula menjual tshirt dan kemeja untuk kanak-kanak dan dewasa. Kami terserempak dengan 3 orang malaysia, mereka menegur. Rasanya kami berjumpa dengan ramai orang Melayu Malaysia tetapi bila kami senyum mereka pura-pura buat tak nampak. Kami tidak lama di situ dan mula bergerak balik ke stesen bus. Kami singgah membeli kopi kisar yang murah sedikit daripada harga di Pasar Benh Tanh. 


Kami tiba di stesen bus berhadapan Pasar Benh Tanh dan kami terus menuju ke tengah-tengah bulatan untuk melepak sebentar di taman. Terlalu banyak kenderaan dan kami berjaya melintasnya. Udara disitu tidak la tercemar sangat dan walaupun bising bunyi kenderaan tetapi masih aman dan selesa.

Taman mini ditengah-tengah bulatan besar di depan Pasar Benh Tanh

Malam nya kami makan 'Pho' untuk kali terakhir di VN Halal. Membeli belah di pasar malam dan duduk melepak di taman.


Tempat-tempat yang kami ter'miss' nak pegi....

- Saigon Central Mosque, Jalan Dong Khoi, District 1. Dibina oleh Kumpulan India Muslims dari selatan India pada tahun 1935 di tapak masjid sebelumnya. Sangat bersih dan dijaga rapi. terletak di tengah-tengah kesibukan trafik di Jalan Dong Khoi. Terletak bersebelahan dengan Sheraton Hotel dan terdapat sebuah kedai makanan halal yang menyediakan makanan Selatan Indian  yang sangat sedap dan murah. Percuma teh ais dan pisang yang boleh dimakan seberapa banyak yang anda suka. 

- French Quarter - Melihat hasil architecture yang sangat berseni dan cantik serta kedai dan galeri seni.

- Opera House di waktu malam bagi menyaksikan keindahan lampu neon.

- Lain-lain museum lagi..

- Persembahan di Golden Dragon Water Puppet Theater, 55B Nguyen Thi Minh Khai, District 1. Persembahan jam 6 petang dengan harga tiket sebanyak $5 kalau tak silap la. Harus ditonton!