Hari ke 3 mula lebih awal. Semalam nya kami sudah meminta jasa baik pekerja di kaunter untuk booking kan 1/2 hari trip ke Terowong Chu Chi. Bus pendek datang mengambil kami di depan pintu hotel, hmmm....sangat menyenangkan. Kami diminta turun betul-betul di pejabat Sinh Tourist dan berkumpul bersama yang lain. Terlalu ramai orang yang menunggu, diluar, didalam. Pelbagai destinasi yang mereka ingin pergi. Kaki lima pula penuh dengan deretan bus besar menunggu masa untuk diisi penumpang. Kami menunggu hampir 20 minit sebelum dibenarkan naik. Bus hampir 70% di penuhi dengan orang putih dan beberapa orang sahaja yang kelihatan lain daripada mereka termasuk lah kami. Perjalan memakan masa lebih kurang 1.30 - 2 jam [sudah lupa kerana entry ini ditulis selepas hampir 1 tahun lebih...]. Tips berguna aku kutip dari CS ialah jangan mengunjungi Terowong Chu Chi di waktu petang kerana cuaca panas dan jika anda ingin merangkak di dalam terowong sejauh 100 meter tentu anda kelemasan.
Sepanjang perjalanan Guide asyik berceloteh dan kami sedikit terhibur. Kami tiba di kawasan kampung dan laluan jalanraya semakin kecil. Oleh kerana kawasan luas dan ramai pelancong lain Guide memakai topi putih dengan lambang dan meminta kami untuk mengingati wajahnya dan juga topi yang dipakai supaya kalau terpisah dari kumpulan kita masih boleh mencarinya. Kumpulan kami terlalu besar seramai 30 orang lebih. Guide hanya memberi penerangan tanpa sesiapa pun boleh mencuba kerana kami terlalu ramai. Aku masih ingat lagi satu 'movie' di youtube yang diambil oleh seorang perempuan yang melawat ke terowong mencuba memasuk kan badan mereka seorang demi seorang kerana mereka hanya 6 orang. Ini la rugi kalau melawat dalam kumpulan yang ramai tetapi untungnya harga pakej lebih murah.
Busut [Mole Hill] buatan manusia untuk sistem pengudaraan di dalam terowong
Setelah berehat kami dibawa pula melawat bangsal membuat kulit popia dari beras. Setelah dimasak kulit tersebut akan dijemur sehingga kering dan boleh disimpan lama. Kemudian kami dibawa pula kekawasan dapur bawah tanah. Hanya asap sahaja kelihatan dari atas tanah dimana kalau tidak diterangkan kita akan menyangka ada orang membakar sampah. Canggih sungguh. Kami dihidangkan teh O dan ubi rebus colek gula yang sedikit keras aku rasa. Hmm...kurang menarik kerana aku sudah biasa makan ubi rebus. Tapi kalau lihat pada orang putih semuanya bersungguh-sungguh makan. Kemudian kami dibawah ke kawasan menonton video mengenai sejarah terowong dan sejarah Vietnam dibawah tanah dan terbuka. Habis tayangan kami terus menaiki bus untuk balik.
bangsal membuat kulit popia
Jemuran kulit popia
stiker / tiket masuk
Tanpa disangka rupanya ada lagi satu tempat untuk disinggah. Bengkel kraftangan bagi golongan cacat, kecacatan yang disebabkan pengunaan bahan kimia semasa perang. Pelbagai jenis manusia yang cacat boleh dilihat, sedih sungguh. Tetapi mereka diberi bakat luarbiasa, mereka sangat kreatif. Pelbagai barang-barang cantik yang dihasilkan. Kami tak beli apa-apa pun kecuali cuci mata sahaja. Sebelum mereka dibenarkan bekerja di sini, mereka terlebih dahulu diberi krusus dan semua ini di biayai bantuan penuh dana oleh kerajaan Amerika.
Lebih kurang 1 jam di situ kami bergerak balik. Kemudian seorang wanita indonesia dalam lingkungan 50an menegur kami setelah dia habis bercakap dengan dua orang minah saleh sebelah kami. Dia bertanyakan mengenai 'War Museum' dan terus bagitau Guide supaya menurunkan dia disitu. Kami terus ambil keputusan untuk turun juga disitu. Kami diturunkan jauh sedikit dari museum . Bila kami turun separuh dari orang-orang yang turun dari bus berkumpul melihat-lihat peta untuk mencari dimana museum. Rupa-rupanya hanya berjalan beberapa langkah sudah nampak museum nya. Dari luar sudah nampak kapal terbang, helikopter, kereta kebal dan pelbagai kenderaan yang pernah digunakan semasa perang dan yang paling penting masih ada lagi lambang Amerika. Kalau kami orang Amerika sudah tentu malu bila melihat perkara begini. Bayaran dikenakan, tetapi aku sudah lupa berapa. Kami masuk, ramai juga orang lain. Dari satu gambar ke satu gambar kami lihat dan baca penerangannya. Memang kejam sekali Amerika, memang aku caci maki mereka. Kemudian Aku mendengar seseorang menarik nafas yang sedikit kesedihan. Rupanya si Mar yang kesedihan tahap melampau, sehingga orang sekeliling semua melihat. Bila aku tanya jawapannya ialah "Aku sedih. Cuba engkau bayangkan, waktu 1970an Malaysia sudah merdeka tetapi mereka masih berperang. Kejam betul". Kami menghabiskan masa hampir 2 jam melihat dan duduk sebentar sambil minum air jus sejuk. Kemudian kami balik berjalan kaki sambil tidak tahu arah mana nak dituju. Kami lalu di belakang bangunan 'Reunification Palace' dan pada ketika kami lalu kami tidak lansung tidak tahu itu bangunan apa. Sambil bertanyakan arah dan berjalan akhir nya kami senyum lebar bilamana nampak dari jauh bahagian belakang Pasar Benh Tanh. Kami singgah sebentar dibeberapa kedai kain di sepanjang jalan. Kain-kainyang dijual sangat cantik dan harga tidak la murah jua. Kami membeli beberapa helai tiap seorang. Kami kemudian balik ke hotel untuk mandi dan berehat sebentar.
Askar Amerika menyeksa rakyat Vietnam dengan memberi minum air sabun @Muzium Perang
cebisan mayat @ muzium Perang
Gambar ini terlalu cantik untuk diceritakan tetapi derita Rakyat Vietnam lansung tidak dapat diceritakan @ Muzium Perang
Gambar tentera Amerika yang ditembak mati dari helikopter @ Muzium Perang
Pengunduran Tentera Amerika setelah kalah dalam peperangan di Vietnam @ Muzium Perang
Salah sebuah helikopter tinggalan Tentera Amerika @ Muzium Perang
Salah sebuah kereta kebal milik Tentera Amerika @ Muzium Perang
Bilik tahanan / kurungan @ Muzium Perang
Salah sebuah sel kurungan @ Muzium Perang
Jam 8 malam kami keluar, acara paling best malam ini ialah makan makanan yang dibeli buat pertama kali selepas 3 hari di Vietnam. Kami memilih VN Halal disebabkan dekat dengan hotel. Semasa kami masuk ke dalam kedai ada 4-5 orang pelanggan sahaja. Aku memesan 'Pho' dan air strawbery dan makanan Mar aku sudah tidak ingat. Tapi kami makan dengan lahap dan kagum. Kami juga memesan 'spring roll' goreng yang sangat sedap. Harga makanan agak mahal kerana kedai halal boleh dikatakan agak esklusif kerana hanya terdapat beberapa buah kedai halal sahaja.
Selesai makan kami pusing-pusing lagi sambil jalan selangkah selangkah [mode perlahan la]. Pusing satu pasar malam.
No comments:
Post a Comment