Kami asalnya 50-50 keinginan untuk trip 'Mekong River Cruise'. Tapi alang-alang kami disini dan tidak ada apa lagi yang boleh dibuat kami akhirnya minta pihak hotel untuk booking kan kami trip kesana melalui Sinh Tourist juga. Seperti biasa bus datang di depan pintu hotel dan kali ini kami tidak perlu menunggu lama. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.30-2 jam. Guide kali ini kami rasakan sedikit 'kurang sopan'. Dia berceloteh dan sekali sekali bercakap dalam bahasa ibundanya. Kami menjadi pelik, 'owh, mungkin dia tidak fasih berbahasa enggeris dan mungkin beberapa ayat yang dia tidak ketahui. Akhirnya kami mendapat tahu bahawa terdapat perlancong tempatan juga didalam bus tersebut.
Setibanya di sana kami diturunkan di hadapan jeti, ramai juga penumpang lain sudah berada disana. Pelbagai produk makanan dan kraftangan turut dijual. Ramai mengambil kesempatan membeli topi mengkuang. Kami tidak ambil peduli dan lansung tidak berminat membeli. Setelah mengambil beberapa keping gambar kami diarah kan untuk menaiki sebuah bot yang agak besar. Bermula lah pelayaran sungai mekong. Guide terus-terusan berceloteh. Kali ini terdapat ramai pelancong dari Korea Selatan. Kadangkala kami merungut bilamana pemandangan yang kami lihat sama sahaja di negara sendiri.
Kemudian kami dibawa melalui satu anak sungai yang selebar jalan raya dua arah. Kemudian bot berhenti dan semua turun dan seterusnya kami berjalan kaki pula di dalam kebun buah-buahan. Kami berjalan sambil bersembang ayam dan itik dengan pelancong dari Korea Selatan. Kami tiba di sebuah bangsal dan dipersilakan duduk. Kemudian datang beberapa orang perempuan memakai pakaian tradisional menghidangkan buah-buahan. Ada ciku, mata kucing, betik, rambutan dan beberapa jenis buah lagi. Kami duduk semeja dengan pasangan dari Korea Selatan dan pasangan dari Jepun yang baru tamat University. Mereka sangat kacak dan cantik, terpesona kami dibuatnya. Sudahlah dapat makan buah-buahan yang sedap dan berkongsi pulak dengan mereka...owch...
Bot yang kami naik - sangat cantik
Anak sungai
Buah-buahan
Kemudian Guide kami membuat pengumuman bahawa kami terpaksa ketempat lain kerana para penyanyi dah pemain muzik tidak hadir disitu. Elok sahaja semua orang bangun dan mula bergerak, mereka pula sampai dan semua orang dipersilakan duduk kembali sambil mendengar persembahan mereka. Menarik.
Persembahan dari penduduk tempatan
Selesai persembahan kami berjalan lagi melalui denai-denai kecil. Kami keluar ke jalan raya, rupanya ada perkampungan besar di pulau dan ditengah-tengah sungai Mekong ini. Kami menunggu seketika bila kereta kuda sampai. Kami diminta naik dan seramai 6 orang setiap kereta kuda. Cuaca agak kering dan panas, nasib baik kami diberi pinjam topi mengkuang. Kereta kuda membawa kami melalui jalan mini tar dan melalui rumah-rumah orang kampung.
Kereta kuda
Tiba disatu tempat kami diturunkan setelah 10 minit menaiki kereta kuda. Kami dibawa ke satu tempat untuk persembahan ular. Meremang bulu roma aku bila ternampak ular yang sangat besar didalam jaring. Kami dihidangkan lagi makanan. Kali ini teh dicampur madu menjadi minuman istimewa yang dikata boleh menambahkan tenaga dan menghilangkan dahaga. Ada beberapa jenis kacang dan paling istimewa kuih kelapa manis yang sedap. Beberapa orang pelancong diberi peluang mencuba mencium dan memegang ular. Habis sahaja persembahan kami diberi peluang mengambil gambar.
Ular yang sangat besar
Teh + madu + limau kasturi makan bersama kacang dan kuih kelapa yang manis dan sedap
Lebah yang dibela sendiri, jadi madu yang kami minum tu segar dari ladang
Selesai, kami semua di bawa ketepi tebing sungai dimana sampan kecil sedang menunggu kami untuk dinaiki. Sangat menarik, kawasan yang sejuk dan nyaman, gembira betul masa ni. Tak sampai 10 minit kemudian tiba hujung sungai kecik ni ada deretan bot besar menunggu pulak.
Kami naik bot dan terus menuju ke tempat makan untuk makan tengahari. Ada kawan aku sebelum ni pernah ke Sungai Mekong ni, mereka ambil makanan tengahari sebab kata mereka makan ikan dan seafood sahaja. Jadi kami yakin la boleh makan disitu jugak, tapi kami tidak pun bercadang makan tengahari sebab kami awal-awal sudah bawak roti gardenia, serunding dan ikan bilis. Kami tiba di kedai makan, semua turun dan ambil tempat duduk masing-masing. Kami hanya berlegar-legar di kawasan luar tempat makan. Tempat kami makan dan dapur memasak agak jauh. Guide mengarahkan mereka yang lain berkongsi meja, satu meja sekurang-kurangnya 4 orang, tapi kami tetap dibawah. Guide pandang kami dengan cara yang menjengkelkan, mungkin dia akan dapat tips daripada pemilik kedai, siapa tahu. Aku ajak Mar makan ditepi pokok-pokok bunga sahaja, tapi Mar tidak setuju. Aku lihat anjing berkeliaran sana-sini dan dikawasan makan juga. Akhirnya perempuan pekerja kedai makan panggil kami untuk duduk di meja makan. Kami beritahu kami tidak boleh makan makanan mereka kerana tidak halal. Kemudian Guide mencelah sambil mengatakan bahawa ianya hanyalah ikan goreng. Kami menolak dengan baik walaupun guide tidak boleh menerima alasan kami, "Makan pun kena paksa...hmmm".
Kami ambil meja paling hujung, yang paling dekat dengan kami ialah kumpulan pakcik-pakcik dan kakak-kakak dari Korea Selatan. Kami order air kelapa muda dan kami keluarkan bekalan makanan yang kami bawa. Sambil kami makan ada mata-mata yang memandang kami dan Aku terdengar guide/penterjemah kumpulan pakcik-pakcik menerangkan kepada mereka semua sebab-sebab kami tidak mahu makan. Bila kami selesai makan, Aku ajak Mar pusing-pusing sambil balik ke bot. Bila kami nak bayar harga air kelapa, pekerja kedai makan menolak dan memberitahu bahawa ianya percuma untuk kami.....muahahahaha...
Kami naik semula ke bot dan menunggu lebih kurang 10 minit sehingga semua naik dan mula bergerak ke destinasi berikutnya. Kami ke bengkel membuat gula-gula kelapa. Perjalanan lebih kurang 10 minit, kami tiba di tempat tersebut. Kami berkumpul sambil mendengar penerangan serta demo. Dari mengupas buah kelapa, memerah isi kelapa, mengasingkan santan, memasak santan tersebut dengan bahan-bahan lain sehingga menjadi kenyal dan bewarna coklat. Kemudian disejukkan sebentar, dimasukkan kedalam acuan, dikeluarkan dibiarkan sejuk dan dipotong serta dibungkus. Mula-mula aku memang nak beli la gula-gula ni, tapi bila tengok la cara pekerja-pekerja disitu bekerja, hmmm...tak selera. Setiap orang diberi sepotong gula-gula, aku ambil dan hanya pegang ditangan dan kemudian buang jauh-jauh.
Kedai Makan Diem Phuong
Kami naik semula ke bot dan menunggu lebih kurang 10 minit sehingga semua naik dan mula bergerak ke destinasi berikutnya. Kami ke bengkel membuat gula-gula kelapa. Perjalanan lebih kurang 10 minit, kami tiba di tempat tersebut. Kami berkumpul sambil mendengar penerangan serta demo. Dari mengupas buah kelapa, memerah isi kelapa, mengasingkan santan, memasak santan tersebut dengan bahan-bahan lain sehingga menjadi kenyal dan bewarna coklat. Kemudian disejukkan sebentar, dimasukkan kedalam acuan, dikeluarkan dibiarkan sejuk dan dipotong serta dibungkus. Mula-mula aku memang nak beli la gula-gula ni, tapi bila tengok la cara pekerja-pekerja disitu bekerja, hmmm...tak selera. Setiap orang diberi sepotong gula-gula, aku ambil dan hanya pegang ditangan dan kemudian buang jauh-jauh.
Proses penyejukkan
Membentuk
Memotong dan membungkus
Selesai melihat-lihat kami naik bot dan bergerak balik. Tiba di jeti kami diberi masa untuk ke tandas. Kami berasa amat lega bila mana masuk ke dalam bas, merasa dingin aircond sedangkan cuaca panas diluar. Petang baru kami tiba di Ho Chi Minh, kami minta untuk diturunkan di Pasar Benh Tanh. Kami balik terus ke hotel untuk berehat. Jam 8 malam baru kami keluar semula untuk makan malam, bersiar-siar dan membeli-belah di pasar malam.
No comments:
Post a Comment