Kami bangun awal pagi dan bersiap untuk ke USS. Sarapan disediakan secara percuma di Hostel, tetapi hanya air dan roti sahaja. Aku makan roti bakar disapu mentega dan jem serta air teh, Lily cuma minum kopi tanpa gula. Jam 9 pagi kami keluar menuju ke MRT di Bugis Junction. Agak susah sedikit membeli tiket dan tidak dijual dikaunter pula, jadi terpaksa kami mencuba juga.
Kami membeli tiket sehala sahaja kerana kami sepanjang hari akan berada di USS. Kami turun di Vivo City dan kemudian menaiki Sentosa Express di tingkat 3. Kami tiba di USS 10.10 pagi dan terus masuk. Orang ramai sungguh maklumlah hari ahad. Teruja betul Aku sebab pertama kali masuk ke Taman Tema sebegini. Keadaan tersusun rapi dan sangat cantik, memanglah Taman Tema la katakan.
Kami melihat-lihat sekitar di New York melihat beberapa persembahan dan kemudian kami terus ke Sci-Fi City. Dari jauh sudah dengar suara orang menjerit-jerit. Lily teruja sambil 'mensaiko' Aku untuk mencuba. Kami simpan barang-barang di loker dan terus naik ke tingkat 2 di bahagian Cyclon. Aku tidak la berapa tahu sangat cerita pasal battlestar galatica ni, tetapi nampak gaya macam cerita yang sangat hebat. Keadaan Lengang dan kosong, memang tak perlu beratur panjang, sebab tak ramai orang mahu mencuba. Aku berdoa supaya tidak dapat di kerusi paling hadapan, gerun. Kami dapat baris yang ketiga dan aku duduk ditengah-tengah. Budak cina di kerusi sebelah minta untuk turun dari kerusi setelah dia naik, duduk dan tarik penahan keselamatan...pucat mukanya, tinggal la kakak nya seorang diri, jadi kerusi sebelah aku kosong. Roller coaster yang pertama 'Cyclone' di pegang di bahagian kepala tempat duduk, jadi kaki masing-masing tergantung. Masa yang sama 'Launch' di set 'Human' dan 'Cyclon' jadi beramai-ramai la menjerit-jerit. Bila mula bergerak otak aku lansung kosong, hanya tinggal rasa ngeri dan takut. Rasa semacam tercabut nyawa dan anak tekak menjerit, memang penat. Masa turun aku pening lalat sekejap tetapi bila andrelin dah mengalir keseluruh badan aku jadi teruja betul. Aku nampak 'water coller' di tepi dinding dan terus berfikir mahu minum tetapi Lily melarang aku daripada minum air, mungkin bahaya kepada badan....hmmm.
Kami kemudian terus ke sebelah lagi 'human' dan seperti biasa tidak perlu berbaris panjang lansung. Roller coaster yang kedua dipegang dibahagian kaki, jadi lebih ok kot aku rasa. Rasa andrelin yang masih menjalar dikeseluruhan badan makin panas dan aku makin teruja untuk mencuba kali kedua. Aku fikir aku sudah mampu menangani rasa takut, gayat dan segala macam rupa dan rasa. Tetapi tidak sama sekali, perasaan yang sama seperti mula tadi tetap wujud. Hmm.... sampai satu tahap dimana roller coster di trek rata aku terdiam sambil mulut ternganga dan bersedia untuk menjerit lagi bilamana menjunam.
Setiap aksi di rakam oleh kamera, tetapi gambar kami tidak berapa jelas dan harga yang mereka jual....hmmm, mahal betul. Kami membeli beberapa barang di kedai Battlestar Galatica. Kami kemudian terus ke Ancient Egypt, berlegar-legar di kawasan luar terbuka sambil melihat gelagat orang ramai. yang paling menarik perhatian ialah lelaki berpakaian seperti di zaman Firaun. Sangat cantik suasana di Ancient Egpyt, mungkin kalau kami ke Egpyt suasana beginilah yang kami akan lihat nanti.
kami simpan barang-barang. Dari luar nampak kosong, kami lansung tidak mengambil ekspress lane. Di dalam keadaan suram dan gelap serta panas. Terlalu ramai orang beratur disini dan suasana sekeliling membuatkan Aku tidak selesa. Semuanya ok sehinggalah Aku terbaca papan amaran yang diletakkan di beberapa tempat. Hmm...makin lama Aku makin ligat otak aku ketakutan. Barisan yang melingkar seperti ular membuatkan keadaan semakin panas dan lemas. Aku sudah menyerah dan berkeputusan tidak akan naik roller coster di Ancient Egypt ini.
Bila menghampiri tangga Aku bagitahu Lily Aku tidak akan naik untuk kali ini. Semuanya sudah menyerah, memang lemah mental betul. Hmm....Lily bagi kata-kata untuk meransang minda Aku. Berjaya....Aku yakin semula untuk naik. Ketika menunggu giliran kami seterusnya, sekali lagi mental Aku menyerah. Mungkin dengan membaca papan 'amaran' yang terakhir serta menonton skrin tv yang memaparkan keadaan tunggangan, Aku terus mengambil keputusan untuk tidak naik. Bila rantai dibuka Aku terus memberitahu pekerja yang menjaga disitu untuk tidak naik. Lily tarik tangan Aku supaya Aku tidak pergi sahaja dan naik bersamanya. Aku tidak boleh lagi berfikir dan keputusan untuk tidak naik dipengaruhi rasa takut dan lemah mental membuatkan kaki aku terus melangkah meninggalkan Lily. Pekerja terus mengarahkan aku untuk keluar melalui jalan di sebelah kanan manakala lily mengarah ke kiri untuk naik seorang diri. Semua mata memandang aku sebagai seorang penakut...hmmm...
Aku tunggu Lily di pintu keluar roller coaster sambil bersembang-sembang dengan pekerja yang menjaga disitu, lelaki berbangsa cina yang sangat ramah. Masa Aku tiba disitu tadi ada seorang perempuan mat saleh sedang menunggu ahli keluarganya. Hmm...dia juga mungkin seperti aku, penakut. Sebuah demi sebuah gerabak yang membawa penumpang berhenti memuntahkan manusia, dan setiap kali itulah lelaki cina tadi akan tersenyum kepada setiap orang, bertanyakan ok atau tidak dan sesekali memberi 'high-five'. Kerja yang sangat menarik, enjoy dan seronok mungkin. Akhirnya Lily tiba juga. Dia turun dan datang kearah Aku. Aku tanyakan bagaimana rasanya kali ini. Selamba Lily menjawab "tidak lah terlalu takut dan bahaya seperti yang tadi kita naik. Cuma cabaran sedikit di dalam kegelapan. Hmm....menarik dan aku seperti mahu mencuba. Lily terus bertanya lagi "Nak naik ke?? kalau nak kita naik dari sini, tak perlu beratur dan terus naik train yang ini sahaja", sambil Lily bertanyakan kepada lelaki cina yang menjaga disitu. Hmm...dalam keadaan begitu, Aku terus meremang dan Aku rasakan kepala aku membesar...penakut sungguh Aku ni.
Kami terus turun kebawah menuju ke arah loker untuk mengambil beg. Kali ini caj yang perlu dibayar lebih mahal sedikit, mungkin disebabkan banyak masa telah dihabiskan dengan berbaris panjang. Selesai, kami terus menuju ke xxxxx dan beratur. Hmm... rupa-rupanya yang ini adalah untuk kanak-kanak sambil ditemani oleh ibu-bapa. Tak kisah lah, janji boleh naik sambil enjoy. Baris agak panjang juga, tetapi Aku rasa lebih selesa sebab ianya di kawasan terbuka. Tiba giliran dan kami naik di tempat sebelah hadapan. Ia berupa sebuah kereta yang dikawal sepenuh nya oleh mesin. Kami duduk di bahagian hadapan dan di belakang juga orang dewasa berdua. enjoy....

Selesai disitu kami terus keluar dan berlegar-legar di sekitar dan terus menuju The Lost World. Aku beli baju hujan nipis yang berharga USD3 sebab aku ada kamera di dalam beg. Lily tidak kisah pun, baju nya nipis dan cepat kering nanti. Barisan bergerak macam kura-kura dan setelah 2 jam beratur baru kami nampak. Ramai dari filipina dengan pakaian yang seksi dan nampak macam minah-minah kilang yang biasa kita tengok kat sini jugak la. Tapi ramai jugak yang nampak world traveler dan nampak ada kelasss. Bila giliran lagi 10 orang di hadapan kami tiba-tiba pekerja mencari yang berdua untuk digabungkan dengan kumpulan lain sebab satu bot kena ada 10 orang. Jadi kami kira potong barisan la dan naik bot bersama minah ala-ala minah kilang dari filipina yang seksi meksi tadi.
Memang menarik jugak naik bot bulat ni dah macam naik 'white water rafting'. Ada ombak kecik, ombak besar dan di sepanjang aliran air tu adalah dinasor dan menganga la, menyembur air, keluar api dan macam-macam aksi. Kemudian masuk ke laluan yang gelap gelita dan bot tiba di hujung dinding. Dengan secara tiba-tiba dan melulu bot diangkat naik dan sekor dinasor menganga sambil keluo bunyi yang kuat. Semua menjerit-jerit dan aku rilek aje, tapi bila dinding tepi dibuka dan bot dihumban keluar aku pun menjerit sama. Gile bes betul. Habis basah seluar dan baju dorang.
Kami lepas tu bergerak ke kawasan 'far-far away' pegi makan tengahari walaupun jam dah kul 3.30 petang. Masing-masing dah merapik lapar, tapi sebagai backpackers benda ni simple aje. Tak makan sampai petang pun ok, janji air minum ade. Kami makan set burger ikan harga boleh tahan jugak la.
Bila cuaca panas di luar tak tertahan kami layan aiskrim ni....kongsi berdua la, kalau sorang tak habis pulak.
*Gambar ni aku hantar peraduan gambar berwarna kuning Pacsafe di FB, tapi tak menang sebab pemenang ditentukan dengan 'Like' terbanyak. Tentu la tak menang, sebab kawan FB pun tak ramai. Pemenang no 1 - 3 semua dari filipina tapi gambar diaorang memang menarik pun.
Lepas makan aiskrim kami ke Madagascar pulak, beli di kedai cenderamata dan tengok persembahan secara live. Kami kemudian naik bot di sana, memang menarik walaupun tahap kanak-kanak.
Jam 09.30 malam baru kami bergerak keluar dari USS menuju ke Hard Rock Cafe untuk beli t'shirt dan mula beratur untuk naik MRT balik ke Hostel. Kami makan malam di restauran Jepun, makan mee soba dan makan ais krim yogurt. Selesai balik ke hostel, mandi dan tidur. Malam ini semua katil hampir penuh dan aku pulak takut mengigau lepas 2 kali roller coaster. Lily siang tadi dan 'sound' yang aku tidur ada sikit bunyi dengkur dan pesan aku supaya tinggi kan sedikit bantal. Aku ikut pesan lily dan berdoa aku tidak berdengkur dan paling penting tidak mengigau. Aku kemudian terjaga bilamana terdengar bunyi bisikan dan lampu suluh. Apa yang aku nampak ada 3 budak minah saleh baru masuk dan mengemas. Salah seorang dari mereka tangkap gambar lily yang tidur lengkap bertudung, mungkin kali pertama melihat sebegitu. Besok hari terakhir di Singapura, hari berbelanja sakan saki baki duit yang ada.
*Maaf untuk gambar yang senget2 nih, penyakit 'M' dah tiba. Layan je lah.
No comments:
Post a Comment